Program Penerapan UiTM

Posted: March 10, 2012 in 2011 Semester 2

Ini keterangan yg sama dengan gambar di atas, diambil dari Facebook NAIB CANSELOR UiTM, iaitu Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar hari ini:

Penjelasan mengenai program penerapan :

Program Penerapan ini adalah untuk pelajar Diploma yang memperolehi sekurang-kurangya CGPA 3.00 pada semester 3. Mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Kebanyakan fakulti menawarkan program ini kepada pelajar diploma semester 3 untuk dimasukkan ke ijazah sarjana muda semester 1. Pada permulaannya beberapa fakulti menawarkan program tertentu untuk penerapan ke semester 2 atau memberi pengecualian kredit sebanyak satu semester. Walau bagaimana pun penerapan terus ke semester 2 tidak dilakukan lagi untuk program-program tertentu kerana didapati para pelajar tidak dapat menguasai ilmu dengan baik. Prestasi beberapa orang pelajar menurun kerana ini.

Walau pun subjek semester satu ijazah sarjana muda sama dengan diploma, tetapi tahap kepayahan adalah berbeza.Tahap ijazah lebih tinggi daripada diploma. Sebenarnya pelajar penerapan masih tidak rugi kerana pelajar penerapan akan graduat lebih cepat satu semester daripada rakan-rakan yang tidak memilih program penerapan. Dari segi prestasi, kebanyakan pelajar penerapan mampu mengekalkan CGPA yang baik.

Adalah andaian semata-mata jika pelajar trek biasa akan graduat sama dengan pelajar penerapan yang dikatakan kerana kalendar akademik dwi kitar. Apabila kalendar akademik beranjak, tidak kira pelajar daripada trek mana, anjakan tersebut akan berlaku apabila kedua-duanya berada dalam program yang sama.

Selain itu pelajar penerapan mempunyai kelebihan kerana pelajar itu telah berjaya memasuki program ijazah manakala pelajar trek biasa belum tentu berjaya masuk ke program ijazah walaupun berjaya memperolehi diploma. Saya berharap dgn penjelasan pelajar2 tidak lagi tulis utk mendapat penjelasan sebab tidak puas hati.

Jika ditimbang tara, bagus juga program penerapan ni. Pelajar diploma yang dapat pointer tinggi dapat melanjutkan terus pelajaran mereka ke tahap ijazah. Lebih cepat grad. Itu kebaikannya, tapi bagaimana pula keburukannya?

Keburukannya pula ialah, jika pelajar program penerapan tidak dapat menghabiskan program ijazah mereka (contoh: kantoi di tengah jalan), dah tentu mereka tidak akan mendapat ijazah. Lebih malang lagi, diploma pun tiada di tangan. Huish, minta dijauhkan.

 

Comments
  1. shah says:

    pelajar epjj juga boley diserapkan keif sem3 dpt 3 pointer>

  2. KP says:

    Yep, itu juga yang saya faham. Jika pointer bagus setelah habis diploma, boleh terus skip ke sem 3 bila ambil ijazah nanti.

  3. fatin says:

    wujud lagi ke pogram ni pada tahun 2013. dengar dah dimansuhkan.betul ke ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s