Projek video mandarin BMD151

Posted: September 3, 2013 in 2013 Semester 5
Tags: , ,

Assalamualaikum…

Baru-baru ini iaitu pada Sabtu 24hb Ogos, kami (Aku, Erwan, Azni, Fizal dan Naqib) telah bersama memerah tenaga, buah fikiran dan berpeluh lagi buat kali ke-2 semasa penggambaran video bahasa mandarin part 2. Kali pertama dulu adalah semasa kami menyiapkan video mandarin untuk bahasa mandarin part 1.

Seperti yang dijanjikan, pagi itu kami berkumpul di Restoren Barra untuk bersarapan bersama. Aku sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi. Erwan dan Fizal dah pun ada kat situ. Cuma Azni sahaja yang tidak turut serta bersarapan bersama sebab dia beritahu yang dia lambat sedikit, dan terus tunggu kami di tempat pengggambaran. Aku awal-awal lagi dah pesan kat isteri untuk tidak sediakan sarapan, sebab aku nak bersarapan dengan diorang.

Tempat penggambaran kami adalah sama seperti semester lepas, iaitu di sebelah fakulti kami, iaitu di tingkat bawah PTAR2, di ruang bawah yang mempunyai banyak kerusi dan meja. Di situ adalah tempat yang paling sesuai sebab di samping pemandangan yang menghijau, kami juga boleh bertukar-tukar tempat di kawasan yang sama. Tempat yang agak strategik pada aku. Azni telah membawa videocam yang dipinjam dari syarikat tempat dia bekerja. Alhamdululillah, senang sikit nak rakam. Terasa yang kami ni macam buat penggambaran filem betul pulak. :)

Caption: Persediaan untuk penggambaran.

Persediaan untuk penggambaran. Kamera sudah siap sedia, tunggu arahan tuan pengarah je. :)

Setelah semuanya bersedia, lebih kurang pukul 9.45 pagi, kami pun memulakan penggambaran, dari satu situasi ke situasai, semuanya berjalan dengan lancar. Perjalanan cerita kali ini adalah mengenai perbualan 3 orang sahabat untuk ke Lot 10, di Kuala Lumpur untuk membeli persiapan raya. Kami bertiga berjumpa dengan Fizal di hadapan Lot 10. Kami ke sebuah kedai baju dan kemudian ke kedai kasut. Kami kemudiannya makan di sebuah kedai, sebelum pergi berhari raya di rumah Pakcik Qib.

Tips bagi sesape yang susah menghafal skrip. Hehe...

Salah satu tips untuk memudahkan proses penggambaran – kertas skrip memang berguna, tapi pastikan ia tidak masuk ke dalam ‘frame’ semasa rakaman. Hehe…

Alhamdulillah, kumpulan kami mempunyai kelebihan sebab Erwan yang agak fasih bercakap Mandarin dapat membetulkan jika ada sebutan yang salah. Banyak juga rakaman yang kami lakukan, lebih kurang 80 kesemuanya. Mana yang tidak betul, tersalah cakap dan sebagainya, kami ulangi sampai puas hati. :)

Encik Pengarah meriki-riki  sudut yang sesuai.

Tuan pengarah mencari sudut yang sesuai.

Kadangkala ada juga dalam satu-satu babak yang memerlukan kami berlima berlakon sekali. Nasib baik jugalah kali ini ada videocam ini, didatangkan dengan kakinya sekali, jadi tiada masalah untuk biarkan ia merakamkan apa yang kami lakukan. Kalau dibandingkan semasa dulu, kami berlakon hanya menggunakan telefon bimbit. Jadi seseorang perlu memegang telefon itu.

Lebih kurang hampir pukul 2 petang, kami dah pun siap merakamkan segala apa yang perlu. Aku kemudian pindahkan fail-fail rakaman tadi ke laptop, untuk aku sunting nanti. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah. Fail-fail tersebut dapat ‘dibaca’ dan kami dapat lihat semula apa yang telah kami rakamkan tadi. :)

Akan bersambung ke bahagian 2.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s