Merdeka & Raya

Posted: July 18, 2015 in 2015 Merdeka
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi lawat blog ntah apa hape ntah aku nih.🙂

Aku sekarang ni memang dah betul-betul merdeka. Dah lepas segalanya untuk diploma in business study. Periksa dah abis, keputusan dah dapat. Sekarang ni rilek je. Hehe.. Alhamdulillah.

Hari ni hari raya Aidilfitri yang ke-2, tahun 2015 @ 1436H. Aku masih kat kampung, sejak pagi semalam. Minggu depan hari Selasa akan balik semula ke rumah di Bandar Saujana Putra, Selangor. Anak-anak akan kembali bersekolah pada hari Rabu. Seminggu juga pihak sekolah beri untuk cuti hari raya.

Lama dah rasanya aku tak tulis apa-apa kat blog ni. Entri terakhir sebelum yang ini, pada bulan Mac yang lepas. Sekarang bulan Julai. Maknanya dah lebih kurang 4 bulan blog ni sebegini. Huhu…

Aku berhajat nak update keputusan periksa final semester 8. Insyaallah, dalam masa terdekat ni, aku publish.

KP @ P780.

Seminar terakhir semester 8

Posted: March 20, 2015 in 2015 Semester 8
Tags:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca blog ini.

Alhamdulillah, kelas terakhir untuk semester 8 dah pun berakhir pada hari Ahad lepas, 15hb Mac 2015. Lega rasanya sekarang. Semuanya dah selesai. Tinggal nak jawab periksa yang akan bermula hujung bulan ni je.

Pada hari tersebut, 8.30 pagi kelas ENT300 – Fundamental of Entrepreneurship. Masuk kelas je, Puan Faizah tanya group mana nak present dulu. Semua diam. Sudahnya kena cabut nombor untuk tentukan giliran. Group aku dapat nombor 4, yang akhir sekali.

Group pertama macam tak sedia. Puan minta group aku present dulu sebab dia nampak aku macam dah sedia je. Aku okay, takde masalah. Dila cucuk thumb drive ke PC, lalu aku mula present. Sebelum tu Puan dah bagi guna pointer dia, senang nak tunjuk katanya.

Presentation aku berjalan dengan lancar. Aku tunjukkan satu persatu business plan group aku. Ops lupa nak bagitau, business plan aku berkaitan hotel. Aku memegang jawatan sebagai GM – General Manager. Aku mulakan dengan tunjukkan Introduction, owner’s background etc. Kemudian beralih kepada administration plan pulak. Tunjukkan organization’s chart, remuneration schedule etc.

Lepas tu beralih kepada marketing plan pulak. Tunjukkan senarai harga bilik hotel dengan harganya sekali. Tunjukkan juga strength dan weaknesses of the competitors. Kemudian beralih kepada operation plan pulak. Aku tunjukkan layout, process flow etc.

Banyak jugak yang aku dah present. Aku sorang je. Sampai ke hujung bila sampai ke bahagian financial plan, aku serahkan presentation seterusnya kepada Kak Nor, selaku Finance Manager. Dia teruskan present beberapa muka surat dari fail fine planner.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Puan komen sedikit tentang slide kami dan report yang kami sediakan. Group aku mendapat 8.5/10 untuk presentation dan 18/20 untuk report. Dah hilang 3.5 markah kat situ. Huhu…

Lepas tu kelas TPT250 – Fundamental of Transport pulak. Encik Shahrin memang sempoi. Kami diminta untuk submit assignment. Aku terus bagi fail presentation aku untuk field trip assignment. Aku buat presentation tentang mode of transport – taxi dan aero plane. Beliau minta terangkan. Aku pun terangkan lebih kurang, sebab beliau scroll agak cepat. Tak sempat aku nak jelaskan, beliau dah scroll to next slide.

Masa break for lunch, aku ngan Fizal berlakon untuk assignment MGT315 – Creative and Critical Thinking. Ada satu bahagian tu, kami kena buat video promosi. Idea dah ada, cuma tunggu masa nak berlakon je. Asalnya nak berlakon sama-sama dengan group member yang lain, tapi diorang agak lambat sampai. Sudahnya aku ngan Fizal je berlakon. Sempat pun kami sediakan video tu. Letakkan dalam thumb drive, dan buat hyper link dalam slide presentation. Selesai…

Semasa kelas MGT315 pukul 2 petang, kelas bermula agak lambat. Masing-masing masuk ke kelas lambat. Tak tahu la ke mana semua orang pergi. Bila Puan masuk ke kelas, tak lama lepas tu beliau tanya siapa nak present dulu. Aku dengan senang hati, terus offer untuk mula. Haha… Memang agresif sungguh hari tersebut. Semua presentation aku nak buat dulu. Pada aku, senang kalau buat awal-awal. Takde lah tertunggu-tunggu, berdebar tunggu giliran.

Semua ahli kumpulan iaitu aku, Fizal, Shahrir, Azahareen dan Azriq present bahagian masing-masing. Banyak juga yang Puan tanya. Dia agak kagum dengan design produk kami, yang mana kami sediakan produk baru untuk air kotak. Label keliling air kotak tu Azahareen yang buat. Pandai dia design, cantik.

Itulah serba sedikit yang dapat aku catitkan untuk kali ini. Sekarang ni, aku dah habis dah kelas untuk semester 8. Kalau semuanya berjalan lancar, lepas periksa ni aku akan betul-betul merdeka. Tiada lagi kelas, tiada lagi assignment, tiada lagi bangun pagi-pagi untuk study. Merdekaaaa… Insyaallah, tak lama lagi tu.🙂

KP @ 780

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog ini.

Lama sungguh dah rasanya tak update apa2 dalam blog ini. Entri terakhir pun tahun lepas. Fuh.. Memang lama. Sebabnya… Banyak. Yang utamanya aku semakin sibuk di akhir-akhir semester ni. Walaupun hanya ambil 3 subjek je semester ni, tapi sibuknya mengalahkan semester-semester sebelum ni.

Secara ringkasnya, bawah ini adalah 3 subjek yang ku amik semester ni:

1. ENT300 – Fundamental of Entrepreneurship.

2. TPT250 – Fundamental of Transport

3. MGT315 – Creative and Critical Thinking.

Jadual exam dah keluar. Exam utk paper pertama jatuh pada 30hb Mac iaitu untuk entrepreneurship. Kemudian selang 10 hari, exam untuk transport iaitu pada 9hb April. Subjek Creative and Critical Thinking takde exam.

Nama pensyarah semester 7

Posted: November 29, 2014 in 2014 Semester 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah… Habis dah segalanya untuk semester 7 yang lepas. Tak lama lagi nak masuk semester 8 lak. Lama dah sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi masa yang tidak mengizinkan, membuatkan ia terbiar begitu sahaja.

Baiklah.. Seperti biasa, aku akan mencoretkan serba sedikit perihal pensyarah untuk semester yang lepas, iaitu semester 7. Di bawah inilah nama-nama pensyarah yang banyak berjasa pada aku pada semester lepas.

1. PM Puan Norlida Kamaluddin.

Kami memanggil beliau dengan panggilan ‘Puan’ sahaja, walaupun di hadapan nama beliau ada ‘PM’ yang bermaksud Prof. Madya. Pada mulanya, ada antara kami nak panggil beliau dengan panggilan ‘Prof’, akan tetapi entah bagaimana… Panggilan Puan juga yang lekat. Tak kisah lah… Beliau pun tak pernah tegaskan nak panggil beliau dengan panggilan apa. Yang penting, panggilan itu menunjukkan rasa hormat kami sebagai pelajar kepada beliau seorang pensyarah.

Beliau seorang yang fasih berbahasa Inggeris. Beliau menggunakan bahasa ini sebagai perantaraan semasa di dalam kelas. Jarang sekali beliau menggunakan Bahasa Melayu.

Banyak juga ilmu yang beliau curahkan sepanjang mengajar kami subjek MGT269 – Business Communication. Kami ditunjukkan cara bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat, interview, membuat surat rasmi, membuat laporan dan sebagainya. Banyak yang aku belajar dari beliau.

Pengalaman mengendalikan mesyuarat dan interview yang paling aku suka. Kami diminta untuk membuat mock meeting dan mock interview. Aku satu group dengan Erwan, Hani dan Mariani. Memang syok berlakon. Kami berlatih, kemudian rakam, edit dan lihat semula hasil lakonan kami. Memang best.

2. Puan Norina Ahmad Jamil.

Beliau mengajar subjek MGT345 – Operation Management. Orangnya bersederhana dalam penampilan. Mempunyai tutur kata yang tegas dan jelas. Senang memahami apa yang beliau sampaikan.

Melihat pada gaya beliau mengajar, menunjukkan pengalaman beliau yang sudah banyak dalam subjek ini. Kami ditunjukkan jalan yang senang untuk selesaikan soalan dalam peperiksaan. Memang senang… Praktikkan beberapa kali dan alhamdulillah… Aku berjaya untuk dapatkan A untuk subjek ini. Syukur.

3. Encik Syah Rizal Zambahari.

Pensyarah ini mengajar subjek FIN358 – Investment Management, mempunyai perwatakan yang tersendiri. Nampak agak ‘straight to the wall’ pada mulanya. Beliau tegas dengan apa yang disampaikan. Semasa ujian pun, meja akan dijarakkan antara sesama pelajar dan beliau memantau bak burung helang terbang di udara mencari mangsa. Bagus.

Walaupun begitu, aku tak segan dan gentar. Aku tanyakan juga apa yang aku tak pasti. Beliau juga seorang yang agak aktif di dalam i-class. Banyak soalan yang aku tanyakan, dan beliau telah membantu dengan jayanya.

4. Encik Ahmad Shazeer Bin Mohamed Thaheer.

Encik Shazeer mengajar subjek MGT361 – Introduction to International Business. Beliau kelihatan masih agak muda. Mungkin lewat 30-an. Beliau juga menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang masa, kebanyakannya.

Beliau suka tanya pelajar. Disebabkan beliau tahu nama aku, sebab aku merangkap ketua kelas lah kiranya, jadi tanpa segan silu, beliau akan menyebut nama aku. Tak kisahlah ketika memberi contoh atau ketika menanyakan soalan. Hehe…

Ada bagusnya juga jika pensyarah kenal dan tahu nama kita. Ianya akan menyebabkan ikatan antara pelajar dan pensyarah akan menjadi semakin rapat. Bagus subjek ni. Banyak yang aku belajar dari nota dan assignment.

Orait. Itu sahaja yang sempat aku coretan kali ini. Hari ni pun, nak senaraikan nama mereka, aku kena semak balik catatan yang lepas. Huhu… Cepat sungguh masa berlalu dan secepat itu juga ingatan aku semakin kelam.

Selesai periksa semester 7

Posted: October 18, 2014 in 2014 Semester 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi baca blog ini.

Alhamdulillah, saya dah selesai menjawab kesemua 4 kertas periksa semester ini. Kertas pertama ialah International Business iaitu ada 3hb Oktober. Kertas kedua ialah Investment Management pada 9hb Oktober. Kertas ketiga ialah Business Communication pada 11hb Oktober dan kertas terakhir ialah Operations Management pada 16hb Oktober yang lepas.

Terasa lapang dada, tenang fikiran bila dah selesai segalanya untuk semester ini. Tak perlu lagi berjaga malam menyiapkan tugasan. Tak perlu lagi bangun awal menyiapkan diri untuk peperiksaan. Alhamdulillah… Lepas ni bolehlah tumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja dan keluarga.

Kalau ikut pada kalendar UiTM, keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 12hb November nanti. Sedikit lewat kali ini berbanding tahun lepas. Pada tahun lepas, keputusan diumumkan dalam awal bulan 11 kalau tak silap. Kali ini seminggu lewat.

Jika segalanya berjalan lancar, saya lulus kesemua 4 kertas pada semester ini. Hanya tinggal 3 lagi baki kertas yang akan perlu diambil pada semester 8 nanti. Yep, tinggal lagi satu semester untuk diploma pengurusan pengajian yang saya ambil. Insyaallah, semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

Ini sahaja update untuk kali ini, setelah sekian lama menyepi.🙂

KP @ P780.

Sibuknyaaa

Posted: September 2, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Fuh, sibuk sungguh akhir-akhir ini rasanya. Tak sempat dah nak update blog ni. Kesian ia. Sampai WordPress pun hantar notification, bagitau yang aku dah lama tak tulis apa-apa. Heheh…

Okay, memang sibuk. Betul… Kalau diikutkan aku belum tulis apa-apa mengenai 2 seminar yang lepas. dan minggu ini akan ada seminar ke-6. Isk, aduhh !

Okaylah, aku cuba untuk cari masa sikit dalam sehari dua ni. Sabar ye duhai hati. Babaii..

Semester 7: Seminar 3

Posted: July 21, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini terasa badan sedikit letih, mungkin disebabkan semalam kelas sepanjang hari. Itu pun nasib baik juga Encik Shazeer untuk kelas MGT361 yang akhir sekali, benarkan kami balik awal. Jadi, awal jugak sampai ke rumah. Kalau ikut jadual asal, 6.15 petang baru habis. Haru gitu.. Huhu..

Semalam, seminar ke-3 untuk FIN358 dan ke-2 untuk 3 lagi subjek yang lain. Sebelah pagi, Puan Norlida tunjukkan kami tentang bagaimana nak buat report nanti. Kena ikut format yang telah ditetapkan. Nampak macam senang. Hahaha.

Kemudian kelas MGT345 pulak. Puan Norina tunjukkan cara untuk selesaikan soalan berkenaan assembly line balancing dan project management. Best, lukis bulat-bulat, lepas tu ada anak panah untuk sambungkan bualatan tadi. Macam senang je. Haha..

Lepas Zuhur pulak kelas FIN358. Masuk je Encik Shah Rizal terus bagi test. Kena duduk jarak-jarak antara satu sama lain. Ada 4 soalan kesemuanya berkenaan bond, convertible bond, ratio dan common stock. Soalan memang kaw-kaw punya. Ada jugak yang aku tak dapat nak buat dengan sekali jalan. Aku tinggalkan dulu. Buat soalan lain, dan kembali semula soalan tu lepas siap soalan yang lain. Alhamdulillah, aku dapat buat kesemua soalan termasuk soalan berbentuk esei yang habis aku karang dengan jayanya. Haha.. Jangan tak caya, soalan investment pun kena jawab esei.

Lepas tu pulak kelas MGT361. Masa ni memang dah ngantuk dah. Sekarang ni kan bulan puasa, bangun awal, tidur pun mungkin sedikit lewat. Jadi, bila dah berjaga lama, kelas yang sebelah petang ni, memang mencabar. Puas dah tahan mata tak nak lentok, susah jugak. Encik Shazeer bincang pasal bab 3,4 dan 5. Mungkin beliau perasan kot, aku dah lemau. Lalu dia minta aku baca sedikit dari text book. Lepas tu terus segar. Haha…