MAT112 ok, MGT162 ko, hafazan CTU101 ok.

Posted: July 24, 2011 in 2011 Semester 1

Alhamdulillah, semalam dah lepas 2 test untuk MAT112 dan MGT162. Test MAT112 ok la jugak, agak yakin dengan jawapan yang ditulis, tapi MGT, walaupun soalan agak senang, perlu berikan definisi dan point2 penting, ada juga soalan yang tidak dapat dijawab sepenuhnya.šŸ˜¦

MGT162, Mr Q minta berikan huraian tentang Programmed and Non-programmed Decision, tak dapat nak jelaskan seperti dalam buku. Apa yang aku boleh buat…. goreng je. Sampai dia kata lepas abis kumpul semua jawapan, yang aku jawab panjang lebar macam dalam exam. Sebab dia asyik lalu lalang je tepi aku, dah tu duduk belakang aku pulak.. Dia peratikan aku lah nampaknya. Haha.. tengoklah nanti camana keputusan ujian ni nanti. Ok ke tak ok, berserah je, aku dah goreng sehabis baik.šŸ™‚

MAT112 ok, bagi aku la, insyaallah boleh scora test ni. Ada lagi 2 test sebelum final exam. Pn Roziah akan ambil 2 markah tertinggi dalam 3 ujian yang dia berikan. Pada yag ambil ujian pertama ni untung la, ada 2 kali lagi untuk score, pada yang tak datang semalam, tinggal 2 je ujian yang tinggal untuk diorang. Hmm… aku nak scora A untuk MAT112 ni, insyaallah.

Akhir sekali, lepas abis seminar CTU101, aku baca surah yasin, dari ayat 1-20 sekaligus dengan Ustazah Kamariah. Alhamdulillah, abis jugak, walaupun berdebar jugak, dan ada jugak ayat yang lupa, tapi nasib baik Ustazah ingatkan permulaan ayat tersebut, jadi oklah…

Lega, 3 perkara selesai semalam. Sebagai hadiah kepada diri sendiri, aku pergi tengok cite Transformers 3 (3D) pukul 12.00 tengah malam kat Sunway Pyramid. Habis cite ni pukul 2.40 pagi. Mata dah ngantuk dah, masa tengok cite ni, tapi layan jugaklah walaupun jalan cerita agak hambar, bagi aku. Rugi kalau tak tengok habis, dahlah tiket berharga RM21, perghhh !

Comments
  1. syira says:

    mgt chapter 2,3 n 4 ade x…

  2. ila says:

    tpi saya pling x ske mgt 162 sbb sush..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s