Keputusan test 1 MGT162 teruk

Posted: August 7, 2011 in 2011 Semester 1

BEL120: Tiada apa sangat, Ms Shima hanya buat ulangkaji tentang apa yang kami dah belajar. Tapi okay la jugak, buat revision dari bab1 hingga apa yang kami dah belajar, kebanyakannya tentang latihan dalam i-class.

MAT112: Kami tak jadi hantar assignment 2 lepas ada beberapa pelajar komplen yang soalan annuity ada dalam assignment tapi tak belajar lagi. Jadi, selamat la kebanyakan kami, boleh hantar assignment 2 tu, 2 minggu lagi, masa seminar akan datang. Tapi, memandangkan aku dah siap, dan bila semak dengan Pn Roziah, yang jalan kerja tu rasa betul, aku hantar je. Haha… Tak nak lah tunggu lama2, nanti hilang pulak kertas tu, tak pun keronyok. Hafizal dan Akmal pun hantar jugak jawapan diorang. Yang lain, mungkin masa seminar akan datang. Puan kata ada 4 orang dapat markah penuh untuk test 1. Mintak-mintak aku salah sorang dalam yang yang 4 orang tu.

MGT162: Terdiam semua semalam kena basuh dengan Mr Q. Dia agak berang dengan keputusan kami semua yang tak memberangsangkan. Dia kata ada 3 atau 4 orang je yang melepasi markah lulus test, iaitu 20/40. Yang lain-lain, ada yang dapat 1 markah, 2 markah… agak mengecewakan katanya. Alhamdulillah, aku dapat melepasi tahap lulus untuk ujian ni. tapi teruk gak, dapat setengah markah je, sepatutnya kalau aku study betul2, boleh dah jawab soalan ‘programmed and non-programmed  decision’ tu. Aku dapat 0 markah soalan ni.😦

CTU101: Kelas hanya sampai 5 petang lebih sikit je, memandangkan bulan puasa, dan ramai yang ada perancangan masing-masing, Ustazah habiskan kelas awal semalam. Aku terus balik, sebab hafazan dah habis dah buat minggu lepas, semua 20 ayat, alhamdulillah. Ada jugak yang tinggal, untuk habiskan bacaan hafazan mereka. Tak lama lagi masa tinggal, ada 2 minggu je untuk siapkan esei, tafsiran. Esei aku tinggal edit dan tambah mana yang patut je, tapi analisis tak mula lagi. Insyaallah siap sebelum 20hb ni, nak hantar masa seminar 20hb nanti, sebab tu je pun tarikh akhir hantar semua tugasan tu.

Overall, okay kelas semalam, walaupun memang ngantuk sangat masa kelas MGT162, memang takleh tahan. Edi yang sebelah aku pun beberapa kali aku tengok tersengguk, haha… Aku pun sama gak, tapi boleh cover rasanya. Mr Q tak nampak…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s