Padahal nak bagitau je, tapi caranya…

Posted: August 7, 2011 in 2011 Semester 1

Bawah ni antara cara unik aku nak bagitau kengkawan lain dalam kelas tentang apa yang berlaku dalam i-class. Unik kan? Haha….

 

Kalau korang nak tahu, si B ada satu rahsia. Rahsia ni disimpan di dalam satu peti emas yang mana hanya si B je tahu peti ni kat mana. Entah bagaimana, di dalam kelekaan yang amat, si B terlupa di mana dia letak peti emas tersebut. Puas sudah dia mencari ke hulu dan ke hilir, tapi tak jua bertemu dengan peti rahsia itu.

Mahu tidak mahu, si B terpaksa meminta bantuan kawannya si M untuk menolongnya mencari peti emas yang menyimpan rahsianya. Mereka mencari segenap ruang, tapi masih tidak bertemu juga. Mereka kepenatan, lalu berhenti berehat.

“Apa yang kau simpan dalam peti emas tersebut wahai B.” tanya si M.

“Mana boleh bagitau, kalau bagitau, tak syoklah. Nanti orang lain tahu rahsia aku.” goreng si A, cuba untuk menyedapkan cerita.

“Takpe, tak bagitau takpe, kalau jumpa, tahulah nasib kau…” kata M dalam hati.

Mereka terus mencari, hingga keletihan lalu tertidur. Dalam tidur, si M bermimpi yang dia telah menjumpai peti emas tersebut, lalu terus membukanya. Dia terperanjat, kerana tidak mempercayai bahawa rahsia si B adalah itu sahaja. Dia menggosokkan mata berulang kali bagi menunjukkan ketidakpercayaannya, tapi itu juga yang dilihat, walaupun dalam mimpi.

“Takpelah, gasak kau lah B, aku nak bagitau dengan kawan2 lain.” Si M berhasrat untuk membocorkan rahsia si B.

“Dengarlah wahai kawan-kawanku sekalian. Kalau korang nak tau… sekarang ni Puan Roziah dah letak tutorial 4 & 5 dalam i-class. Assignment 2 jugak dah ada untuk kita buat. Kena hantar Sabtu ni masa Seminar MAT112.” si M bersuara dengan lantang.

Maka, kini rahsia si B, bukanlah rahsia lagi kerana sudah ramai yang tahu. Hahahhahahahahahahhahahhahahah​ahahhh… mereka ketawa terbahak-bahak beramai-ramai kerana terlalu gembira mengetahui perkara tersebut, yang mana bukanlah rahsia sangat.🙂

Nota kaki: Selamat berpuasa dan selamat buat assignment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s