Sejuk, ngantuk, nak tido.

Posted: August 22, 2011 in 2011 Semester 1

Sekarang ni pukul 1.25 petang. Kat luar opis, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Suasana begini, memang sejuk yang ketara, ditambah lagi dengan kesejukan dari penghawa dingin dalam opis ni sendiri. Terpaksa keluarkan baju sejuk yang aku simpan kat dalam laci, dan pakai.

Hajat di hati, nak habiskan baca bab 8 MAT112, tapi mata ni pulak sekejap pejam sekejap celik menahan ngantuk. Nak tak nak kenalah buat sesuatu yang dapat mengahalang siri dari tertidur, iaitu tulis dalam blog ni.🙂

Secara amnya, seminar terakhir semester ni akan jatuh pada 10hb September nanti, lebih kurang seminggu sebelum peperiksaan bermula. Harap para pensyarah dapat bagi tips-tips menarik, untuk bagaimana nak dapatkan markah tertinggi dalam peperiksaan tu kelak. Hajat di hati, memang kalau boleh nak dapatkan A untuk kesemua 4 matapelajaran yang aku amik ni. Insyaallah, jika diizinkan Allah, aku boleh dapat apa yang aku nak ni, tak mustahil. Semuanya boleh, ye… “Malaysia Boleh”.

Hari ni hari ke 21 berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah. Sekejap je tu, pejam celik, pejam celik dah raya. Masa memang cepat sangat berlalu zaman sekarang ni. Kalau diandingkan masa kecik2 dulu, lambat rasanya nak tunggu masa tu berlalu, puaslah buat itu ini, tapi tak petang2 jugak. Tapi zaman sekarang dengan kemajuan teknologi yang sentiasa berkembang, cepat sangat nak sampai ke petang, malam. Yelah, masa yang ada boleh digunakan untuk berborak kat Facebook, Twitter dan macam2 lagi.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s