Yahoo ! Dah cuti raya.

Posted: August 26, 2011 in 2011 Semester 1

Alhamdulillah, hari ni, 27hb Ogos 2011, hari yang ke-27 berpuasa dalam tahun ni. Kalau takde aral, dijangka hari Selasa depan (30hb Sept), seluruh umat Islam akan berhari raya, tinggal 3 hari je lagi tu. Semalam hari terakhir kerja, sebelum bercuti raya. Tak tahu lagi nak balik kampung bila sebab isteri tak habis kerja lagi. Kalau takde aral, insyaallah esok (Ahad), baliklah kami agaknya ke kampung. Aku cam biasa, aku cuti selama seminggu, seminggu penuh minggu hari raya tu. Normal lah tu bagi mereka yang beraya, wajib seminggu punye. Naik kerja pada 5hb Sept nanti, hari Isnin.

Sekarang ni tengah berusaha untuk latih diri untuk ingat sebanyak mungkin subjek MGT162, periksa pada 26 September nanti. Walaupun kertas pertama adalah BEL120, tapi aku kena study MGT162 ni lebih lagi, sebab aku tau aku tak power subjek ni. Subjek lain yang aku risau adalah CTU101. Periksa untuk subjek ni sehari lepas BEL120, manakala MAT112 adalah kertas yang terakhir sekali, iaitu pada 30hb Sept 2011. Insyaallah, banyak lagi masa untuk study MAT112 ni, ada lebih kurang sebulan lagi. Sekarang, aku kena pulun MGT162 dulu.

Untuk MGT162 ni, aku kena guna mind map, atau dalam bahasa melayunya peta minda. Rasanya cara ini akan dapat latih diri untuk ingat sebaik mungkin. Perlu letak point-point penting dalam peta minda ni, dan insyaallah akan ingat dan dapat dizahirkan ke kertas periksa nanti. Aku dah install program ni lama dah, dah cuba buat beberapa map, tapi itu beberapa bulan lepas. Sekarang ni nak mula buat balik untuk kesemua topik yang terbabit, yang dijangka akan keluar dalam exam nanti. MR. Q dah bagi tips baik punya. Kami kena tanda dalam buku MGT162, topik yang keluar tu keluar periksa pada semester bila, dari situ dapat jangka kepopularan topik tu. Insyaallah aku boleh target, topik mana yang akan keluar nanti. Sekarang ni dah tanda dari Apr 2007 hingga Apr 2010. Tinggal sikit je lagi nak buat, pastu boleh lah buat peta minda, dan terus study.

Aku rasa nak bawak balik kampung beberapa buah buku nak baca, boleh jugak tambahkan kefahaman diri. Masa bukannya banyak lagi. Kalau dikira dari tarikh pertama periksa nanti (19hb Sept utk BEL120), tinggal 21 hari je lagi. Bukannya lama lagi tu. Aku kena struggle. Ye KP, ko boleh buat. Aku target untuk score semua subjek, A. Ya, insyaallah boleh kalau aku terus berusaha. Tak mustahil.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s