Sabtu yang happening di INTEC

Posted: October 18, 2011 in 2011 Semester 1
Tags: ,

Alhamdulillah, speaking test dan listening test BEL120 dah abis minggu lepas,  lega rasanya. Mengikut jadual asal, kelas sepatutnya start pukul 10.00 pagi, tapi kemudian diberitahu yang kelas hanya start pukul 10.30 pagi, sebab kelas kat INTEC tu akan dibuka hanya pada 10.30 pagi. Sementara menunggu, explore INTEC jap, nak cari kat mana gelanggang badminton, tapi tak jumpa kat mana.

Listening test, ok je, dengar rakaman suara yang dimainkan dalam kelas dan jawab soalan objektif dan subjektif dalam kertas yang disediakan. Kira kacang gak la.🙂

Speaking test yang agak mencabar, sebab masing2 kena cakap dalam bahasa inggeris. Ramai gak la yang terkedu, tak tahu nak cakap apa, masing2 kat luar kelas bawak diri masing2, cuba untuk tenangkan diri, agaknya… Satu kumpulan perlu ada maksima 6 orang je boleh. Sementara satu kumpulan buat test, yang lain kena duduk kat luar sementara giliran masing2 sampai. Aku dapat kumpulan yang paling akhir, satu kumpulan dengan Pauzi, akmal, Ameeruddin dan Qamar… 5 orang je. Tapi diorang ni best, banyak idea yang diorang luahkan, menambahkan kehangatan perbincangan dan tentunya menambahkan jawapan yang perlu aku ucapkan sebab masa tu, aku ambil peranan ala2 pengerusi.🙂

Kitorang dapat topik ‘bagaimana nak dapatkan lebih ramai ahli untuk kelab pertahanan diri (martial arts)’. Kena berikan kelebihan memasuki kelab ni (mmg dah ada) masa dapat soalan ni. Dan jugak, kena tambahkan sebarang bantahan, tak boleh semua orang dalam kumpulan sokong je apa yang diusulkan. Best, pasal Akmal dan Qamar bertindak macam pembangkang, Pauzi dan Ameeruddin sebagai pencadang. Hebat gak lah kitorang, kejap je rasa 10 minit masa perbincangan tu. Kitorang dapat markah 23/24, cayalah kumpulan kami.🙂

Abis test, lebih kurang 1.45 petang. Ye memang lambat… pasal amik masa gak nak abiskan semua test, utk semua kumpulan, memang dah agak dah. Terus kitorang pergi makan dekat satu gerai kat belakang stesen bas Seksyen 17. Ramai2 pergi makan, termasuk Ameeruddin, Akmal, Pauzi, Qamar, Naqib, Azizi (Summer Smoke), Hani, Anita dan Syafura. Azni dan Hafizal tak join kitorang makan, dia tunggu kat gelanggang badminton.

Habis makan, tak tunggu apa dah, terus pergi ke gelanggang badminton, sebab dah buat tempahan dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Masa habis makan tu pun dah 2.15 petang. Cari punya cari, gelanggang badminton ni (dalam gimnasium) dekat je rupanya dengan pejabat bendahari INTEC. Haha… kitorang main sampai pukul 4.15 lebih kurang, tak larat dah nak main, pasal mungkin baru je makan, terus melompat itu ini. Kalau ikutkan boleh je main lagi, takde sapa pun jaga tempat tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s