Pendaftaran semester 2

Posted: November 18, 2011 in 2011 Semester 2

Dah lama bercuti, sejak awal bulan 10 hari tu, dan kini aku perlu mendaftar utk semester kedua. Pendaftaran bermula Khamis lepas, 17hb Nov dan semuanya berjalan dengan lancar. Selesai sahaja sembahyang subuh, tanpa membuang masa, aku terus buka komputer dan buka Student Portal.

Pada semester 1 sebelum ini, InED daftarkan utk kami semua, tapi kali ini kami kena daftar sendiri. Segalanya berjalan dengan lancar, aku berjaya mendaftarkan keempat-empat subjek yang sepatutnya diambil utk semester 2 ni. Mungkin aku orang yang pertama daftar kot, sebab belum pukul 7 pagi lagi, aku dah siap daftar dengan jayanya. :) 11 jam kredit diambil, seperti dalam gambar di bawah ni.

Ada antara sahabat lain dalam kumpulan B menhadapi kesukaran mendaftarkan diri mereka. Ada sesetengah subjek seperti BEL260 yang mana kuota hanyalah seramai 16 orang utk kumpulan B. Mana cukup, kami ada 26 orang dalam semester 1. Ramai yang menyuarakan masalah mereka dalam Facebook. Aku cuba menolong, telefon InED dan minta mereka besarkan quota ke 30 orang, dan alhamdulillah permintaan aku ditunaikan dengan tanpa banyak soal.

Hari ini, 18hb Nov, kebanyakan dari kami sudah mendaftarkan diri. Insyaallah jika tiada aral melintang, sebulan lagi 18hb Dec kami akan berjumpa lagi utk kelas pertama kami. Sebulan lagi masa yang ada, aku ingat nak siapkan diri dengan beli buku awal. Bolehlah sediakan diri sebelum kelas tu nanti, baca mana yang patut. Takdelah ternganga je bila lecturer mengajar kat depan. Kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s