Buku semester 2

Posted: December 3, 2011 in 2011 Semester 2
Tags: ,

Minggu lepas, eh bukan… minggu ni sebenarnya iaitu hari Selasa lepas, saya berkesempatan ke Dwelling 6, di INTEKMA Resort untuk membeli buku semester 2. Sebelum ke sana, saya pastikan dahulu ia dibuka atau tidak dengan menelefon nombor pejabat di talian 03-55225353 untuk memastikan yang saya boleh membeli buku tanpa masalah. Ketika itu, saya tiada salinan slip pendaftaran, sedangkan mereka minta setiap pelajar yang ingin membeli buku datang membawa slip tersebut untuk memudahkan urusan. Yelah, kalau salah beli buku nanti, rugi pula. Yang untung mereka.😦

Nombor didail, dan setelah memberi salam, staff di situ menanyakan sama ada saya ada slip tersebut atau tidak dan saya katakan tidak. Walaupun begitu, saya yakinkan dia yang saya ada butiran setiap subjek yang diambil untuk semester 2. Alhamdulillah, dia kata ok, boleh datang dan beli buku kat situ. Kalau tidak jenuh jugak nak cetak dahulu.

Sebenarnya saya ambil 4 subjek, tapi hanya ada 3 buku modul kat situ iaitu ACC112, CTU151 dan MKT243. Buku BEL260 memang tiada, kata staff yang bertugas. Takpelah, pada hemat saya, mungkin nanti pensyarah akan cadangkan buku lain yang boleh dibeli dari kedai-kedai buku di luar UiTM.

Setelah beberapa hari 3 buku di tangan, hanya beberapa helaian sahaja yang baru dibaca. Agak malas, yelah kelas pertama pun lambat lagi nak bermula, 18 Disember 2011. Ada lebih kurang 2 minggu lagi tu.🙂  Takpe, insyaallah esok lusa dah nak mula dah ulangkaji apa yang patut. Baca bab-bab awal dahulu, sekurang-kurangnya masa kelas pertama nanti dah tahu apa yang pensyarah akan katakan. Senang nak soal balik kalau ada apa2 yang tidak faham. Kali ni memang rancang nak belajar awal, siapkan diri awal, jadi bila nak periksa atau test nanti, takdelah kelam kabut… insyaallah. Saya nak score A setiap subjek sem ni. Insyaallah boleh, tidak mustahil kan KP? I believe you can do, yes I believe in myself.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s