Jadual kelas semester 2

Posted: December 15, 2011 in 2011 Semester 2

Untuk semester 2 ni, kelas tidak lagi diadakan pada hari Sabtu seperti pada semester 1 yang lepas. Hari seminar telah ditukar ke hari Ahad. Oh… kenapalah agaknya ditukar ke hari Ahad? Hari Sabtu lagi best…. sebab hari Ahad adalah hari untuk lepak santai kat rumah. Bagi akulah, bagi orang lain, mungkin lain.🙂

Jadual Semester 2, Dec 2011 - Mac 2012

Jadual Semester 2: Dec 2011 - Mac 2012

Kelas pertama akan bermula hari Ahad ni, 18 Disember 2011. 2 hari je lagi. Bestnya, pasal dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan satu course. Agak lama jugaklah, sejak test BEL120 bulan Oktober sampai ke hari ni, dah dekat 2 bulan dah tu. Tapi takpe, tak lama dah tu, pejam celik kejap je 2 hari tu. Hehe…

Sama seperti sebelum ni, kelas akan bermula 8.30 pagi hingga 6.15 petang. Setiap subjek akan mengambil masa 2 jam. Akan ada rehat 15 minit antara setiap subjek. Masa rehat makan antara pukul 12.45 tengahari hingga 2.00 petang. Kalau difikirkan kejap je rehat ni, kalau makan kat dalam kawasan UiTM, ok lah jugak, sempat. Kalau keluar dari kawasan UiTM, memang ngam2 je lah masa rehat, belum dicampur masa sembahyang Zuhor lagi. Isk…

Kali ni, nampaknya kami pelajar BM111 kumpulan B akan bergabung kelas dengan pelajar BM117. Tak pernah jumpa mereka ni sebelum ni, tak tau ramai ke tidak. Tapi kalau dah boleh dicampurkan dalam satu kelas dengan kami, mesti diorang ni tak ramai. Itu yang boleh campur tu.  Ntahlah, tunggu jelah hari Ahad ni. Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar, dapat pensyarah-pensyarah yang ok, yang tak mementingkan diri sendiri. Insyaallah.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s