Kelas hari Ahad

Posted: December 20, 2011 in 2011 Semester 2
Tags:

Sebelum ni kelas hari Sabtu je, sepanjang pengajian dalam semester 1. Tapi tak taulah camne InED boleh tukar pulak ke hari Ahad untuk semester 2 ni. Adoi aiii…. Kalau hari Sabtu, banyak kelebihannya. Hari Jumaat kerja, pastu pagi Sabtu pegi kelas sampai petang dan belah malam sampai Ahad boleh rileks. Hari Isnin kerja balik, memang takde masalah pasal dah rehat banyak. Tapi sekarang, hari Ahad lak kelas…. terasa kepenatannya bila balik kelas. Malam tu pulak kena tidur awal,  perlu rehatkan diri untuk pergi kerja keesokan harinya.

Hari Ahad lepas adalah hari di mana aku ada kelas pertama hari Ahad untuk semester 2 ni. Hari tu, aku bangun agak awal, pergi sembahyang subuh, lepas tu cari makanan nak buat sarapan. Siapkan segala bahan untuk ke kelas (beg, buku, alat tulis dan lain-lain). Tak lupa juga kad matrik, perlu dibawa walaupun bukan aku pakai pun masa ada kat dalam UiTM ni. Tapi perlu bawak, mana tau kena tahan dengan polis bantuan UiTM ke, insyaallah takde masalah.

Dah lengkap segala keperluan tu, aku bertolak terus ke UiTM Shah Alam. Bukan jauh sangat pun dari rumah, dalam beberapa belas kilometer je. Memandangkan aku siap awal, aku keluar dari rumah sebelum pukul 8.00 pagi, semangat semester baru lah katakan. Dalam 8.10 pagi dah sampai dah kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, tempat aku belajar. Aku parking motor kat bawah jejantas yang menghubungkan bangunan fakulti tempat aku belajar (FPP @ FBM) dengan Perpustakaan Tun Abdul RAzak 2 (PTAR2). Kat situ tempat agak strategik, tak kena hujan…

Aku melangkah ke kelas, ada jugak terserempak dengan ramai pelajar lain, tapi takde sorang pun yang aku kenal. Ramai pulak orang hari Ahad tu, pastu baru aku tahu yang hari Ahad memang hari kelas untuk mereka ayng ambil PJJ. Laaa patut pun ramai. Sampai depan bilik 402, ada 2 orang kat situ, aku sapa mereka. Mereka ambil BM111 – PJJ, semester 1 dan tak pasti kelas kat mana. Tak lama kemudian, Hafizal sampai, diikuti oleh Erwan. Dah ada geng untuk borak dah.

Tak lama kemudian, dah ramai dah orang kat depan bilik 402 ni, ada yang dari kelas BKBBM2A (aku kelas BKBBM2B) seperti Raja Jamil, Kelisa Emas (Husaini rasanya nama betul dia, tapi sebab nama dalam Facebook dia camni, aku panggil dia camtu je). Aku bergerak ke depan kelas 403 pulak, dah ramai kawan-kawan sekelas perempuan kat situ, ada Fadzilah, Odah dan beberapa orang lagi. Tak lama kemudian kami masuk ke kelas walaupun pensyarah tak datang lagi, masa tu dah lebih pukul 8.30 pagi dah. Dalam kelas 403 tu, dah ada seorang yang aku memang tak kenal. Lama kemudian baru kami tahu yang dia adalah pelajar semester 6, yang baru mengambil subjek MKT243.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s