Makan kat Wong Solo Ayam Bakar

Posted: December 21, 2011 in 2011 Semester 2
Tags: ,

Ini sambungan dari post sebelum ni.

Hari Ahad tersebut, kelas sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi, dan subjek pertama ialah MKT243, tapi letih menunggu sampai pukul 9.45 pagi, bayang pensyarah pun tak nampak, usahkan batang hidungnya. Haha… Kami dalam kelas tu, habiskan masa dengan borak sambil tengok buku MGT243 sikit-sikit, cuba nak baca tapi tak boleh nak tumpukan perhatian pasal masing-masing sibuk borak, suasana agak meriah. Masing-masing mungkin tanya khabar antara satu sama lain. Aku cuba mencelah mana yang boleh. Yelah dah dua bulan tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa pun masa main badminton kat INTEC bulan 10 tempohari. 2 jam berlalu macam tu je, pensyarah memang tak masuk sampai ke akhir waktu.

Beberapa orang bertanyakan pada aku tentang ‘makan’ yang aku janjikan tempohari. Yep, aku telah berniat (bernazar), yang mana jika aku dapat pointer yang aku idamkan, aku akan belanja makan tengahari semua orang yang datang masa kelas pertama semester 2. Aku wajib tunaikan janji tersebut. Mulanya, masing-masing tak kisah nak makan kat mana pun, tapi lepas tu Kak Tie bersuara, “Jom makan kat Wong Solo?”. Aku balas, “OK jom….”. Tapi ada satu masalah, kami tak tahu nombor telefon kedai ni untuk buat tempahan. Nasib baik Rome bawak laptop dia. Minta bantuan dia untuk search guna Google, nombor telefon kedai makan tersebut. Cari punya cari dapat jugak nombor telefun tu, tapi malangnya nombor tu tak berangkat.

Aku takde pilihan lain nampaknya, kena pergi kedai tu jugak. Memandangkan pensyarah memang tak masuk, kompom tak masuk punye… sebab dah sejam habis masa dengan borak je kitorang dalam kelas tu. Aku tinggalkan kelas, pergi Seksyen 7 untuk buat tempahan, secara manual (ada ke secara automatik? Haha). Sampai kat kedai tu, nampak satu papan tanda yang diletakkan kat depan kedai Wong Solo Ayam Bakar ni, yang menyatakan, “Buka 11.30 pagi”. Takpe, aku datang bukan nak makan sekarang, tapi pukul 1.00 tengahari nanti. tanya punya tanya, setelah bersetuju dengan petugas kat kaunter tu, aku buat tempahan untuk 20 orang. Aku kena bayar RM100 sebagai deposit, dan bakinya nanti bila lepas makan. Petugas di kaunter beri satu salinan menu, bukan… tapi 2 salinan untuk aku bawa balik sebagai contoh buat kawan-kawan sekelas buat tempahan.

Sampai ke kelas, dah hampir 10.45 dah masa ni (sebab 10.45 pagi, pensyarah untuk subjek ACC115 akan masuk). Rupanya pensyarah memang dah ada, aku lambat sikit je, takpe…. Aku serahkan satu salinan menu kat Kak Nor, sebab sebelum tu dia nak buat senarai nama, untuk diedarkan pada semua. Jadi nanti senang kira, tahu sapa yang nak makan atau minum apa. Sampai kat meja, sambil dengar pensyarah ajar, aku buat satu salinan lain beserta menu, supaya sapa2 yang dah tulis menu apa yang diorang nak tadi, boleh ubah menu semula jika diorang nak. Aku pass salinan tu kat Ahmad, dia tulis menu yang dia nak dan kertas tu terus berlegar dalam kelas dari seorang ke seorang, sehingga lah aku dapat semula senarai lengkap menu apa yang perlu ditempah.

Masa break 5 minit, lebih kurang 11.45 pagi, aku ambil kesempatan kira berapa yang nak makan ayam penyet, ayam bakar, pecel lele, dan minuman. Alhamdulillah, setelah puas mencongak, dapat pun set makanan dan minuman untuk 20 orang. Aku terus keluar kelas dan telefon petugas kat kaunter Wong Solo tadi. Aku sebutkan senarai yang handak ditempah satu persatu. Semuanya berjalan lancar. Selesai satu hal, tinggal nak pergi makan je lepas habis kelas pukul 12.45 tengahari nanti.

Pukul 12.45, Cik Syazliana tak habis mengajar lagi, adoiiii aiii. Aku puas belek jam, angkat tangan macam nak bagi signal yang masa dah habis, mintak-mintak dia nampak la tindakan aku ni, supaya dia perasan yang masa untuk kelas ACC115 dah tamat, tapi malangnnya hingga ke pukul 1 petang dia tak perasan. Habis je kelas, aku ajak semua ke tempat makan. Kami membawa diri masing-masing. Ada yang berkereta, ada yang naik motor, dan ramai juga yang pergi sama-sama, sebab ada antara kami yang belum pernah pergi ke restoran tersebut sebelum ni. Erwan tanya aku, sama ada aku nak ikut dia naik kereta dia sekali atau tidak. Aku kata takpe, pasal aku nak pergi naik motor je sebab nak cepat sampai, kalau lambat sampai nanti diorang bagi pulak meja tu kat orang lain.

Wong Solo Ayam Bakar, Seksyen 7 Shah Alam

Aku sampai je kat restoran ni, terus pergi kat kaunter tanya kat petugas kat situ. Dia tunjukkan ke satu arah di tengah kedai, dan aku terus pergi ke situ. Sebaris beberapa meja sudah pun disusun, cukup untuk 20 orang menjamu selera. Alhamdulillah siap pun. Tunggu beberapa minit, Shahrul dan Qamar pun sampai. Tak lama kemudian, yang lain-lain pun sampai. Masa ni, makanan dah mula dihidangkan. Sorang mintak aku baca doa, tapi aku tolak sebab Shahrul duduk depan aku dan dia pun agak teror bab-bab menjadi imam ni, jadi aku serahkan tugas membaca doa tu pada dia. Alhamdulillah, dia tak banyak songeh, terus baca beberapa ayat yang aku tak pasti, sebelum dia baca doa makan. Lalu kami pun makan sama-sama hingga hampir pukul 2.

Ayam Penyet

Bersambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s