Ms BEL260 cakap English berhabuk

Posted: January 7, 2012 in 2011 Semester 2

Ini sambungan dari post sebelum ni.

Lepas makan, kami balik semula ke kelas. Aku singgah sekejap kat surau untuk sembahyang Zuhor, sebelum masuk ke kelas. Masuk ke kelas, dah pukul 2.25 petang dan aku agak pensyarah BEL260 dah masuk ke kelas, tapi sangkaan aku meleset, beliau belum masuk lagi. Aku melangkah masuk, lalu duduk kat tempat sama pagi tadi. Tak lama kemudian, pensyarah masuk, dan disebabkan dia mengahadapi masalah dengan suaranya, dia meminta kami duduk di depan. Aku berganjak satu baris ke hadapan. Duduk di sebelah Adi, aku di kanan dia, dan Hafizal datang duduk di sebelah kanan aku.

Segalanya berjalan dengan lancar, masa kelas Intermediate English ni. Nama pensyarah tu Ms Doreen, sedap nama dia, dan masyaallah… dia cakap English memang berhabuk. Sejibik macam orang Malaysia yang dah 20 tahun duduk Amerika. Jeles jugak tengok dia ni. Kan best kalau aku pun boleh cakap English macam dia. dan satu lagi yang best tentang dia ni ialah, di boleh bercakap tanpa berhenti. Bercakap je, dari mula dia masuk sampai la ke habis masa, takde masalah kat dia. Teror.

Lepas tu, kelas untuk subjek CTU151 pulak, dijadualkan dari pukul 4.15 petang hingga 6.15 petang. Nama pensyarah untuk subjek ini ialah ustazah Che Zaharah. Lebih kurang macam pensyarah CTU masa semester 1, Ustazah ni pun tenang dan bersahaja je. Beliau menerangkan serba sedikit tentang subjek ini, dan mengajar terus bab 1, tentang tamadun Islam. Tiada apa yang luar biasa berlaku, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s