Kelas malam MKT243

Posted: February 3, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , ,

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ni, akan ada kelas malam untuk subjek MKT243. Kelas ini diadakan untuk menggantikan kelas pertama dan kedua yang mana ketika itu pensyarahnya tidaklah dikehui siapa dan kelas hanya berlalu begitu sahaja, 4 jam masa yang sepatutnya dimanfaatkan,  terbuang begitu sahaja.

Lalu hari Selasa lepas, berlalulah sudah kelas malam untuk subjek ini, selama 2 jam. Memandangkan aku telahpun dilantik menjadi ketua kelas (aku pun masih tak percaya dan blur, camana aku boleh jadi ketua kelas?), jadi menjadi tanggungjawab aku untuk memberitahu kepada semua pelajar, di mana kelas itu akan diadakan, dan bilakah masanya.

Pada siang hari Selasa tu, hingga ke pukul 5.30 petang, kami masih lagi tidak tahu, kelas mana yang akan digunakan. Ramai juga yang bertanya, jadi ke tidak kelas ganti ni, ramai juga yang berada dalam keadaan tidak pasti, nak datang ke tidak. Tup tup, pukul 5.31 petang, Pn Ainul mesej, beritahu yang kelas akan diadakan di bilik kuliah AC570, dan kelas akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Aku terus mesej pelajar lain, mereka-mereka yang ada dalam senarai contact dalam handphone aku. Tak susah, aku cuma perlu edit mesej asal dari Pn Ainul, dan forwardkan ke nama-nama yang aku pilih dari senarai yang ada dalam handphone aku. Ramai juga yang bertanya, kelas AC570 tu kat mana. Aku pun tak pasti sebenarnya, tapi memandangkan hari tu aku dah survey kelas lain dalam bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan tu, jadi aku boleh agak yang kelas ni berada di tingkat 5, sebab nombor pertama adalah 5. Macam kelas kami sekarang, BM403 yang mana ianya berada di tingkat 4. Jadi aku rasa, pernomboran bilih kuliah menggunakan format yang sama.

Kelas berlalu dengan menarik sekali, yelah bukan selalu ada kelas malam, jadi ini semacam satu pengalaman yang baru buat kami semua. Malam itu, ramai yang hadir, tak sangka pula ramai sebab ingatkan tak ramai yang boleh luangkan masa, memandangkan kelas selepas waktu pejabat, tentu ramai yang menghadapi masalah untuk cari masa.

Kami diberikan 4 kuiz, perlu siapkan dan hantar malam tu juga. Kuiz pertama, menarik. Teka silang kata untuk bab pertama. Disebabkan kertas tidak cukup, jadi Puan Ainul perlu fotostat lagi. Sebaik sahaja beliau keluar, kelas jadi riuh. Masing-masing ambil kesempatan. Haha… Kuiz yang kedua, cari jawapan dan highlighkan dalam kotak yang mengandungi ayat yang dicari tadi. Menarik. Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan kesemua jawapan. Tapi tak tahu lagi betul ke tidak.

Kuiz ketiga, padankan kotak antara jawapan dan penerangannya. Agak senang. Tapi aku cuma betul 3 daripada 5 soalan. Erwan dan Adi mendapat markah penuh. Ceh, tak puas hati betul. Erwan yang tak dapat hadir hari seminar Ahad lepas dapat score. Haha, itu nasib dia. Kuiz keempat, ini yang paling mencabar. Walaupun senarai jawapan sudah diberi, dan kami cuma perlu masukkan ke dalam kotak soalan sahaja, tapi ambil masa juga untuk penuhkan kotak-kotak jawapan tersebut. Akhirnya, lepas tak larat nak buat, aku penuhkan je kotak yang tinggal dengan apa sahaja jawapan yang berbaki. Terus hantar.

Lepas tu, rasa nak panaskan badan pulak sebab kelas tu sejuk. Air-condnya agak kuat. Lalu aku dan Naqib dan juga Akmal, pergi ke sebuah restoran kat Seksyen 7, Restoran Hakim. Ramai juga kat sana. Aku order teh tarik dan roti telur. Ok, biasa je tahap kesedapan makanan kat situ. Lebih kurang 11.35 malam, kami bersurai. Masing-masing balik ke rumah masing2. Naqib menghala ke Saujana Putra, manakala Akmal pula ke Klang kalau tak silap.

Sekian.

KP

Comments
  1. nisa says:

    Hi..xcuse..tanya ckit…awk ada nOtes fOr MKT243 slide ? sy studnt uitm gak …nak cari notes tambahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s