Baucar buku 1Malaysia

Posted: February 6, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, semalam habis pun guna baucar ni kat kedai buku Popular, IOI Mall Puchong. Beli sedikit bahan bacaan, alat tulis, test pad dan sebagainya kat sana. Mulanya hajat di hati nak simpan sampai ke akhir bulan 3, nak tengok lagi buku apa yang boleh dibeli. Plan asal nak beli buku semester depan, tapi tak tahu lagi pensyarah akan guna buku apa. Jadi, untuk tidak membuang masa, dan mungkin terlupa guna baucar ini hingga ke saat akhir, aku gunakan juga semalam, habis kesemuanya.šŸ™‚

Bantuan sebegini dari kerajaan bagus. Dapat meringankan beban pelajar yang perlu beli buku tambahan atau buku yang disarankan oleh pengajar. Dengan adanya baucar ni, dapatlah kurangkan sedikit duit sendiri yang perlu dikeluarkan. Alhamdulillah, boleh juga berjimat.

Cuma aku nampak sedikit kekurangan pada bantuan ni. Adalah lebih baik jika tempoh masa untuk gunakan baucar ini dipanjangkan, 6 bulan mungkin. Macam aku sekarang, dah ada kebanyakan buku yang diperlukan untuk semester 2 ni. Aku cuba untuk tidak beli benda-benda yang takde kaitan dengan pembelajaran aku. Jika tempoh masa dipanjangkan, bolehlah beli buku untuk semester depan, bila semester dah bermula dan pensyarah beritahu buku apa yang akan digunakan. Kan bagus begitu.

Tapi, bersyukur juga. Walaupun tidak dapat beli buku semester depan, dapat juga beli buku lain, yang sudah lama diidamkan.šŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s