Minggu yang sibuk

Posted: February 7, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , , ,

Aku dapat rasakan tekanannya, sebab minggu ini adalah antara minggu yang sibuk yang pernah aku lalui semasa belajar  ni. Ada banyak perkara menanti hujung minggu ni, semasa kelas hari Ahad nanti.

Pertama, ujian CTU151. Perlu baca bab 1 hingga 4. Perggghhh, banyak mukasurat nak kena baca. Baru je habiskan bab 1 dan 2. Ada 2 lagi bab nak baca dalam masa 6 hari lagi ni. Untuk tambahkan pemahaman, dan menguatkan ingatan, aku guna Xmind untuk buat peta minda.

Kedua, kerja rumah BEL260. Perlu buat karangan untuk penerangan bagi carta pai, untuk contoh kertas peperiksaan bagi March dan Augut 2010. Susah jugak nak mula, walaupun Ms Doreen dah beri tunjuk ajar masa dalam kelas. Masih lagi tidak pasti nak susun ayat satu persatu macamana. Kena tengok contoh yang diberi dalam i-class camni. Beberapa orang pelajar dah submit homework diorang kat i-class, laju betul diorang ni buat. Yang bestnya, yang dah hantar tu pula, kaum2 Adam pulak tu. Cayalah Rome, Shahrul.

Ketiga, tutorial ACC115. Mr Kam ‘cabar’ untuk sapa2 yang boleh selesaikan soalan2 yang dia beri masa kelas tempohari. Ada beberapa bahagian yang dia belum ajar, dan dia minta buat ulangkaji sendiri. AFDD & AFDA, dua perkara ini kena buat ulangkaji dahulu, sebelum boleh buat tutorial tersebut dengan jayanya. Memandangkan dia mencabar, dan aku sememangnya suka pada cabaran, aku akan cuba buat. Kalau tak dapat, aku nak post jer masalah tu nanti, kat i-class.

Good luck KP !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s