Saranan cara membaca buku pelajaran

Posted: February 9, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , ,

Salam. Hari ni ketika membelek-belek nota yang telah dimuat turun dari i-class untuk subjek CTU151, terjumpa satu fail yang amat menarik. Ia berkaitan dengan cara membaca buku, untuk mendapat kefahaman dan kukuh dalam ingatan. Di bawah adalah cara yang disarankan.

Mulakan Dengan Doa:
Dengan Nama AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Amin….

Beberapa saranan apabila anda membaca buku pelajaran:

  1. Lihat kesemua muka surat yang akan dibaca. Dapatkan rangka kasar seperti berikut;
    • Tajuk-tajuk kecil (sub topik ke-subtopik yang lain), kaitkan hubungan antara satu topik dengan yang lain.
    • Lihat kesemua ( sepintas lalu) perkara yang ada dalam topik tersebut samada rajah, jadual, carta atau peta.
  2. Baca pendahuluan
  3. Baca pula kesimpulan
  4. Lihat soalan(antara 10 -20 soalan) yang berkaitan dengan tajuk yang akan dibaca dari buku contoh soalan.
  5. Timbulkan beberapa persoalan (di fikiran anda)berdasarkan soalan berikut:
    • Apa?
    • Siapa?
    • Bila?
    • Dimana?
    • Berapa?
    • Kenapa?
    • Bagaimana?
  6. Anda mula membaca dari satu perenggan ke satu perenggan. Habis satu mukasurat rehat sejenak. Fikirkan maklumat yang telah anda baca berdasarkan persoalan2 di atas.
  7. Lakarkan pada kertas/buku nota – fakta2 penting yang anda dapat.
  8. Cerita balik kepada diri sendiri. Maklumat yang anda dapat. Suara sekadar didengari oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda telah menggunakan kedua-dua bahagian otak anda untuk proses maklumat.
  9. Simpan apa yang anda lakarkan, walaupun dalam bentuk yang tidak kemas dalam fail nota peribadi anda. Lakukan sehingga habis satu bab/chapter yang anda baca.

“Ya Allahh, tunjukkanlah kepadaku kebenaran sehinggga aku dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami keburukan sehingga kami dapat menjauhinya.”

Sekian, Selamat Mencuba.🙂

Kredit kepada Ustazah Che Zaharah Abdullah, yang meletakkan nota ini di i-class atau siapa sahaja yang menulis saranan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s