Jadual periksa semester 2 Mac 2012 dah keluar

Posted: February 21, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , ,

Hari ini, jadual peperiksaan untuk semester Mac 2012 telah pun dikeluarkan. Ia adalah bagi pelajar UiTM seluruh Malaysia yang mengambil program diploma, matrikulasi atau pun sijil. Agak awal juga jadual ini dikeluarkan, aku tidak menjangka ia akan keluar seawal ini walaupun aku dah tahu yang peperiksaan akan dijadualkan pada pertengahan bulan Mac 2012.

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan atau mengakses kepada jadual tersebut bolehlah ikut langkah ini:

  • Layari Student Portal UiTM, atau pun boleh juga klik di sini.
  • Klik pada menu “Examination” (ke-4 dari kanan Home)
  • Pilih Final Examination Timetable.


Selepas itu bolehlah buat pilihan sama ada untuk mencatit tarikh dan masa bagi subjek yang diambil atau boleh juga print terus jadual terbabit. Bagi aku, ini adalah tarikh periksa bagi 4 subjek yang aku ambil untuk semester 2 ni:
  • BEL260, 15 Mac 2012, 9.00 pagi – 12.00 tengahari
  • CTU151, 16 Mac 2012, 2.45 petang – 4.45 petang
  • ACC115, 22 Mac 2012, 2.15 petang – 5.15 petang
  • MKT243, 24 Mac 2012, 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kertas pertama, 22 hari sahaja lagi. Aku perlu berusaha lebih lagi, untuk membuktikan azam yang aku azamkan, bukan sekadar azam…., ia boleh dicapai selagi ia boleh dicapai.šŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s