Semester 2: Seminar 5

Posted: February 21, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

12hb februari 2012, kuliah ke 5 dalam semester 2 ni telah berlalu. Banyak perkara berlaku pada hari tersebut. Sebenarnya, disebabkan aku perasan sibuk, post ini sebenarnya telah lama terbiar dalam draft, tak sempat nak dihabiskan. Perasankah aku?😦

MKT243, 8.30 pagi. Seperti dipinta oleh Pn Ainul, aku sebagai ketua kelas telah memberitahu pelajar lain, yang kelas pada hari tersebut tidak jadi dibatalkan. Ramai juga yang datang, walaupun ada yang nak habis waktu pun, baru sampai. Hehe… takpelah, bayar ape, datang lambat pun, lambatlah. Janji datang, kedatangan dikira. Pn Ainul memberitahu yang beliau akan meletakkan test secara online di i-class. Assignment 1 juga akan diberikan nanti , juga melalui i-class. Fuh…, akhir-akhir ni, semenjak nak sampai ke akhir semester ni, makin banyak pulak perkara yang hendak diselesaikan.

ACC115, 10.45 pagi. Mr Kam masih lagi cool seperti biasa. Aku boleh faham apa yang diajarnya, tapi masih ada segelintir rakan sekelas yang kata dia syok sendiri masa mengajar. Haha… Subjek ni memang agak tough, kalau tak biasakan diri baca bab2 yang nak diajar masa seminar, memang akan ke laut. Tak pun, kalau tak buat latihan, memang ke langit lah nampaknya. Seminar ke-6 nanti, kami akan diberikan test 1. Insyaallah, aku akan buat yang terbaek, dan aku berazam nak dapatkan markah penuh utk ujian ni nanti.

BEL260, 2.00 petang. Subjek ni yang paling mancabar pada seminar yang lepas. Pn Doreen datang macam biasa, dan dia nak tunjuk beberapa fail menggunakan komputer yang ada dalam kelas tersebut, tapi ada masalah pula. PC tak dapat dihidupkan, dan projektor pun menunjukkan simptom yang sama. Kena panggil doktor PC la nampaknya, tapi susah lah, kelas dah mula.

Akhirnya, untuk mengisi masa yang ada, dan seperti yang dijangka, kami kena buat mock speaking. Ia adalah latihan untuk speaking test (group discussion) pada seminar ke-7 nanti. Kecut perutlah juga, tak biasa speaking ni, tambah pulak kat depan pelajar lain, kat depan kelas pulak tu. Fuh, dapat dirasakan tekanan yang melanda aku, dan juga pelajar lain. Terasa seram sejuk jugak.

Aku dalam kumpulan ke-4, kumpulan akhir sekali yang kena present, alhamdulillah. Banyak masa ada untuk fikirkan point-point penting. Kumpulan pertama adalah kumpulan Naqib, lawak jugak diorang ni, dan ada gaya terpendam sampai aku pun konpius, Naqib ke Akmal yang jadi initiator pasal dari gaya Akmal yang jadi initiator, tapi sebenarnya Naqib. Camtulah gelagat masing2, ceria juga kelas English petang tu.

Akhirnya sampai giliran kumpulan aku, dan aku dipilih jadi initiator, gulp… Takpe, satu pengalaman yang berharga, untuk dijadikan bekalan di hari kemudian. Aku on je. Aku mulakan seperti yang dirancang, bagi salam dan tak perkenalkan diri masing2 dalam kumpulan aku. Yelah, kami buat mock speaking untuk group discussion, bukannya menjadi panel kepada forum (sebagai contoh). Tapi, ada juga kumpulan yang perkenalkan diri masing2, yang pada pandangan aku, tak perlu. Buang masa je… aku sebut satu persatu seperti yang dirancang iaitu introduction, dan kemudian tugasan kami dan seterusnya katakan apa yang sepatutnya kami buat.

Ms Doreen mencelah, beliau kata aku tak bagi introduction. “Eh, dah bagi kan tadi?” Aku berkata dalam hati. Tapi takpe lah, memandangkan dia pensyarah untuk subjek ni, biarlah dia tegur mana yang dia rasa patut. Kalau ikut aku, dah patut-patut dah apa yang aku buat tadi. Kemudian aku teruskan perbincangan dengan kumpulan aku macam biasa. Alhamdulillah, semuanya okey. Syed, Pauzi, dan Hani memberikan kerjasama yang bagus sekali. Syed ada buat rakaman untuk presentation kami tadi, nanti aku nak minta satu salinan, nak buat simpanan peribadi. Hehe…🙂

CTU151, 4.15 petang. Seperti yang dijanjikan, Ustazah memberikan kami ujian sebaik sahaja beliau masuk ke kelas. Soalan agak senang, soalan objektif ada juga beberapa soalan yang mengelirukan, tapi alhamdulillah aku dapat tapis sehabis baik. Untuk esei, aku pilih mengenai matlamat tamadun islam dan faktor interaksi antara tamadun. Yang interaksi ni aku tersalah faham, sepatutnya antara faktor yang terlibat adalah bentuk geografi dan sebagainya, tapi aku goreng ekonomi dan sosial. Dah hilang markah kat sini.😦

Pada penghujung waktu, ramai gak yang baca surah yasin depan Ustazah, sebab nak balik pun hari hujan. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Sekarang ni tinggal nak hantar tafsiran yasin dan esei je lagi untuk subjek ni…

Okey, cukup rasanya merapu untuk kali ni….😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s