Semester 2: Seminar 6

Posted: February 26, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , ,

Alhamdulillah, hari ini selesai pun seminar ke-6 untuk semester 2 ni. Banyak perkara dah selesai hari ni. Lega sedikit, berbaloi berjaga malam, dan bangun awal pagi untuk buat ulangkaji. Alhamdulillah…

MKT243: Pn Ainul datang agak lewat sedikit, tapi okay jugaklah sebab ramai jugak pelajar lain yang datang lambat. Beliau menunjukkan soalan untuk Oktober 2010 di depan, dan kami jawab sama-sama. Sedikit tips untuk menjawab soalan juga diturunkan kepada kami semua. Beliau mengatakan yang soalan yang sudah keluar pada semester lepas, topik yang sama mungkin tak akan keluar lagi pada semester ini. Jadi, kami boleh abaikan dalam memberi perhatian ketika mengulangkaji topik-topik tersebut.

Jumaat nanti, 2hb Mac akan ada kelas malam lagi. Beliau akan berikan test 2 kepada kami. Tadi, beliau sudah pun memberi sedikit hint tentang apa yang mungkin akan ditanya nanti. Insyaallah bolehlah tumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan tadi. Ahad 4hb nanti macam dah takde kelas dah, dan mungkin hari Jumaat ni adalah seminar terakhir untuk subjek ini.

ACC115: Mr Kam datang tepat pada masanya, cuma masa dia masuk ke kelas, masih ada sedikit perbincangan untuk MKT243… jadi kelas mula agak lambat. Beliau mengajar sedikit 2 topik terakhir sebelum kami menjawab soalan test. Kemudian, lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami pun mula menjawab soalan test. Masa lebih kurang satu jam suku dirasakan sungguh singkat sekali. Aku dah cuba buat secepat mungkin pasal tengok soalan yang punya la panjang item dalam trial balance nya, ditambah lagi dengan info tambahan dalam soalan yang jumlahnya 9, memang banyak.

Aku terus jawab sampai ke saat terakhir. Tensen jugak bila buat-buat, tapi tak dapat balance kan balance sheet. Disebabkan Mr Kam yang asyik mendesak untuk hantar, aku dah tersilap kira bahagian depreciation dan allowance for doubtful debt. Sudahnya memang tak balance. Lebih kurang pukul 1.15 tengahari, Mr Kam dah mula melangkah keluar, meninggalkan pelajar lain yang belum hantar kertas jawapan, membuatkan pelajar yang belum hantar bertambah gelabah jawab soalan. Aku takde pilihan lain, takde masa dah nak semak, hantar je jawapan tu, walaupun tak balance.😦

Balik rumah, aku cuba buat soalan tadi, dapat pula balance kan, macam kat gambar atas tu… isk, masa dalam kelas tadi tak dapat pulak. Takpe, takde rezeki. Walaupun tak balance, tapi insyaallah ada markah untuk yang lain. Banyak jugak markah yang diperuntukkan untuk soalan test tadi, 10 markah. 9/10 markah boleh dapat kot…. haha..🙂

BEL260: Ms Doreen pun masuk lambat sikit, tapi okey jugak la pasal pelajar lain pun ramai yang masih belum masuk ke kelas pada masa tu. Diorang belum balik dari makan tengahari, pasal tadi masa kelas akaun, lambat keluar. Beliau memberi sedikit penerangan tentang jawapan graph writing yang kami hantar dalam i-class tempohari. Tunggu punya tunggu, setelah dia pulangkan kertas pelajar lain, dia tak pulangkan kertas aku. Aku terus tanya, ingatkan aku sorang, tapi rupanya ramai juga yang tak dapat kertas mereka jugak. Takpelah.. tapi kalau dapat kertas tu balik, boleh tengok bahagian mana yang salah. Nanti boleh ambik teladan, tak ulang kesilapan yang sama lagi.

Setengah jam selepas tu, soalan test mula diedarkan. Soalannya lebih kurang macam soalan exam BEL120 semester lepas. Ada bahagian A, yang perlu dijawab berdasarkan petikan. Kemudian bahagian B, soalan esei. Kami perlu buat penerangan tentang statistik bilangan orang tua yang dihantar ke rumah kebajikan dari tahun 2006 hingga 2010. Mula-mula tak yakin juga nak jawab, aku buat draft sikit-sikit. Kemudian setelah conteng sana sini, aku pun mula tulis dalam bahagian yang disediakan. Alhamdulillah, dapat jawab dengan jayanya. Insyaallah, harap dapat markah tinggi untuk test ni.

CTU151: Seperti yang telah dipersetujui bersama, sebaik sahaja Ustazah masuk ke kelas, kami dah mula kena present kertas kerja group masing-masing. Group pertama adalah Hani dan Odah. Aku group ke-6, tapi takdelah giliran ke-6 pasal ada 2 group lain yang masih belum sedia. Jadi, aku kira… lebih kurang lepas group ke-3, aku dan Naqib kena bentangkan slide group kami.

Sebenarnya, aku tak sedia sangat pun nak bentang. Slide tu baru semalam buat dengan Naqib kat tempat kerja. Buat ala kadar je, lebih kurang 6 slides, simple. Ada gak kumpulan yang sampai berbelas slide. Naqib yang banyak cakap, okey gak dia bentang, nampak konfiden. Aku tak pasti, tak reti sangat nak bentang-bentang ni. Aku cuma cakap tentang bahagian depan dan dan kesimpulan je. Sudahnya Ustazah tegur masa slide kesimpulan tu, aku masa bila nak bentang? Haha.. memang takde dalam plan pun. Dalam plan, aku cuma tukang tekan keyboard je. Haha… Tapi alhamdulillah. Selesai sudah perbentangan kertas kerja subjek ni.

Tugasan untuk tafsiran pun dah hantar tadi. Tinggal esei berkumpulan je belum. Aku plan nak hantar minggu depan masa seminar ke-7. Baru siap rangka, dan edit sikit-sikit. Ada masa lagi seminggu. Insyaallah sempat siap.

Yess !😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s