Semester 2: Seminar 7

Posted: March 5, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: ,

Alhmadulillah, semalam 4hb Mac berakhirlah sudah seminar terakhir untuk kebanyakan subjek yang aku ambil untuk semester ni.

Pukul 8.30 pagi, biasanya ada kelas MKT243 tapi sebab Pn Ainul dah habiskan kelas dengan test 2 pada hari Jumaat lepas, maka kami boleh rehat lebih sikit di pagi Ahad tersebut. Ada sorang rakan ni, yang tak sedar yang kelas MKT dah habis. Dia sampai kelas dan tengok takde orang, dia telefon aku, tanya pasal apa takde sorang pun kat kelas. Aku bagitau lah yang kelas MKT mmg dah habis, dan nasihatkan dia untuk baca buku ACC115 untuk menggunakan masa yang ada, sebelum kelas ACC pukul 10.45 pagi. Insan yang rajin tersebut adalah Naqib.πŸ™‚

Lebih kurang pukul 10.00 pagi aku dah mula keluar rumah, saje datang awal. Dalam perjalanan pun rilek je, takde terkejar-kejar. Sampai ke kelas masa tu dan hampir 10.30 pagi, nampak dah ramai juga yang ada termasuk Naqib (semestinya), Hafizal, Baizura dan Fazdillah kalau tak silap. Aku duduk kat tempat biasa, meja di barisan 3 dari depan dan di tengah-tengah. Aku suka duduk tengah sebab senang nak keluar dan senang juga nak tanya pensyarah kalau diorang lalu-lalang kat tempat aku duduk.

Mr Kam datang tepat pada masanya, memang ikut waktu betul pensyarah sorang ni, takde rasanya dalam semester ni yang beliau datang lambat, selalunya memang on time. Beliau buka i-class, nak semak post terbaru lah agaknya, dan kemudian edarkan kertas kami untuk assignment 2 dan test. Alhamdulillah, untuk assignment 2, aku dapat 28/30 dan untuk test aku dapat 26/30. Syukur…. Kemudian beliau tunjukkan markah keseluruhan aka carry marks untuk semua pelajar.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya aku dapat 28/30, kurang 2 markah je lagi untuk dapat markah penuh. Masa selebihnya dihabiskan dengan borak kosong antara kami, sedikit panduan dan tunjuk ajar dari Mr Kam sendiri, dan sedikit tunjuk ajar aku pada rakan-rakan yang bertanya. Bagus jugak diorang tanya secara tak langsung menambahkan kefahaman aku. Bila tak faham, itulah masanya untuk tanya pensyarah. Hehe…πŸ™‚

Pukul 2.00 petang pula, kelas BEL260 bermula. Ms Doreen sampai ke kelas sedikit lambat. Sebelum itu, sebelah pagi, dia mesej aku. Beritahu aku yang kumpulan Syed tak cukup orang untuk buat speaking test. Dia tanya aku, jika ada mana-mana kumpulan yang hendak buat test petang nanti. Aku mesej semua pelajar lain yang tak buat test pada hari tersebut untuk bertanya jika ada yang sudi, dan yang membalas mesej aku cuma sorang je iaitu Adinoramin. Terima kasih Adi sebab menyelamatkan keadaan. Dia bersetuju untuk ambil alih tempat Syed, dan Syed akan join kumpulan aku bila buat test speaking nanti, sebab asalnya Adi adalah dalam kumpulan aku.

Bila kelas bermula, Ms Doreen terangkan bagaimana untuk jawab soalan esei dalam peperiksaan nanti. Lebih kurang satu jam kemudian, speaking test bermula. Kumpulan pertama yang kena buat test ni adalah kumpulan Adi, Syafura, Hani dan Odah (Zaitun). Lama jugak diorang kat dalam kelas, dan kami kena tunggu di luar kelas sebab tak nak ganggu diorang. Di luar kelas, kami borak dan cuba bantu mana yang boleh pada kumpulan yang nak buat speaking nanti. Kumpulan kedua adalah kumpulan Azni, Fauzi dan Erwan. Diorang nampak yakin, terutama pada Fauzi yang nampak macam dah banyak pengalaman.

Setelah kumpulan pertama tadi keluar, kumpulan kedua pula masuk. Adi and the gang berbincang jauh dari kami, mungkin ada hal lah tu. Dengarnya macam ada masalah, dan banyak markah kena potong dari kumpulan ni. Kumpulan seterusnya (Baizura, Hidayah, dan Fazdillah) tak senang duduk sebab sorang rakan sekumpulan mereka (Faiz) tak datang. Diorang beritahu, yang Faiz tak angkat panggilan diorang. Hmm… tak tahulah bagaimana. Dalam belajar ni kena serius, perlu ambil tahu apa yang berlaku. Kalau tidak, memang susah. Kumpulan Fazdillah bernasib agak baik kerana mereka perlu buat test ni pada minggu hadapan. Aku rasa mesti diorang lega betul. Pada penghujung kelas, Ms Doreen beritahu kami yang kumpulan seterusnya akan buat test speaking dan listening pada Sabtu minggu hadapan.

Pukul 4.15 petang, Ustazah masuk ke kelas untuk subjek CTU151. Beliau menerangkan serba ringkas tentang cara menjawab soalan berkaitan alam melayu kepada kami semua. Setelah beberapa ketika, pembentangan esei dimulakan bagi beberapa kumpulan dan perseorangan yang belum membuat pembentangan lagi. Pembentangan dimulakan dengan kumpulan Fazdilah dan Fadzilah, hmmm… walaupun nama mereka ni hampir sama, tapi yang pastinya mereka tidak sama, berlainan sama sekali.πŸ™‚ Kumpulan seterusnya adalah Adinoramin dan Syafura, dan kemudian diikuti dengan Fauzi yang berseorangan membuat pembentangan. Di akhir kelas, Ustazah menunjukkan pada kami markah ujian minggu sebelumnya. Aku mendapat hanya 13/15. Alhamdulillah, tinggi jugak tu. Pada sangkaan aku, tidaklah mendapat setinggi itu, sebab masa jawab soalan esei tempohari, aku tersilap jawab. Mungkin ada huraian yang dapat memikat hati Ustazah agaknya,πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s