Cabaran belanja makan

Posted: March 14, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Esok, 15hb Mac 2012, aku akan menduduki kertas peperiksaan pertama untuk semester 2 ni. Ia adalah untuk kertas BEL260, dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengahari (3 jam) kat Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam. Perasaan tu biasa je sebab paper ni boleh dikatakan ok-ok je, insyaallah boleh score A, dan ini bukanlah kali pertama aku ambil periksa.😀  Untuk korang yang ambil paper ini esok, selamat berjaya aku ucapkan.

Sebelum ini, ketika awal semester 2 ni, aku pernah membuat satu cabaran pada semua pelajar kelas aku. Bawah ini butirannya.

Ini boleh aku anggap antara usaha yang menarik untuk semester 2 ini, di mana aku mengajak seluruh ahli kelas untuk sama2 berusaha untuk mendapat pointer setinggi yang boleh. Siapa yang mendapat pointer terendah, dia akan kena belanja makan sahabat yang lain, iaitu mereka yang ambil bahagian. Best kan?

Akan tetapi, sambutan tidak begitu menggalakkan, ramai juga yang malu-malu, segan-segan, enggan untuk sama turut serta. Tapi tidak mengapa, aku cuma mengajak, cuma ingin sama2 berjaya atas sedikit usaha ini. Apalah sangat belanja makan itu, jika dapat pointer tinggi yang akan jadi sejarah, kenangan manis dalam hidup. Boleh diceritakan nanti pada anak dan cucu. Katakan pada mereka, “inilah usaha ayah / mak / atuk / nenek dahulu ketika belajar, dan alhamdulillah tercapai jua apa yang diimpikan”. Kan manis dikenang tu. Tapi tidak mengapa, itu adalah satu cadangan sahaja, bukan paksaan.🙂

Apa-apa pun, cabaran sebenar akan bermula esok. Insyaallah, aku akan pastikan yang aku bukan orang yang akan belanja orang lain. Tapi, orang lain yang akan belanja aku (dan kami yang lain) makan sama-sama bila dapat result nanti. Hehe…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s