Selesai kertas BEL260

Posted: March 15, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, pagi tadi selesai sudah jawab kertas periksa untuk subjek BEL260. Aku duduk di belakang sekali dalam dalam barisan meja untuk kelas aku (meja bernombor 230 untuk group BKBBM2B). Aku suka begini, dapat tengok kerenah pelajar lain dari belakang dan tahu apa yang berlaku.

Ada 3 bahagian untuk part A. Bahagian 1 agak senang sebab tinggal pilih jawapan True, False atau Not Stated je kat kertas soalan. Soalannya berkenaan hypertension di kalangan masyarakat di Malaysia. Ok, boleh dapat 5 markah penuh kot. 😀

Untuk bahagian 2, kena jawab soalan berpandukan karangan yang diberi. Karangan tersebut berkenaan sistem pembelajaran di Malaysia yang harus diperbaiki untuk masa hadapan. Untuk bahagian ini, kena beri perkataan yang sama erti, kena karang sedikit jawapan untuk soalan yang ditanya. Rasanya ok jugak, boleh lah…. 🙂

Untuk bahagian 3 pula, soalannya lebih mencabar. Ia berkaitan dengan masyarakat Malaysia yang mementingkan pencapaian pelajar. Lebih banyak A dicapai, lebih baik individu tersebut walaupun pada hakikatnya ada potensi lain yang harus dikembangkan seiring dengan pencapaian akademik. Banyak soalan yang mengelirukan. Ada soalan yang aku jawab, berlainan dengan jawapan sahabat lain. Takpelah, tunggu keputusan nanti, tengok berapa dapat.

Kemudian, bahagian B yang perlu buat esei sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Soalannya berkenaan graduan universiti yang susah mencari kerja disebabkan oleh kurangnya pengetahuan mereka dalam komunikasi. Lama jugak aku rangka jawapan. Dah sejam setengah berlalu, aku masih tak tulis apa2 kat kertas jawapan. Tapi setelah puas memerah otak, dapat juga isi-isi penting dan terus aku curahkan dalam karangan tersebut.

Lebih kurang 10 minit sebelum masa tamat, aku siap segalanya. Siap dengan semak, untuk mana-mana ayat yang perlu tambah ‘s’, letak titik nokhtah dan sebagainya. Alhamdulillah, sempat pun.

Secara amnya, kertas BEL260 pagi tadi ok. Insyaallah, kalau diizikan Allaw SWT, aku akan dapat markah yang baik. 😀

Leave a comment