Selesai kertas CTU151

Posted: March 17, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, semalam selesai pun periksa untuk kertas CTU151.

Tengahari tu, disebabkan masa singkat yang mana periksa akan mula jam 2.45 petang, aku tunaikan sembahyang Jumaat kat Masjid Tuanku Mizan, kat dalam kawasan UiTM. Ini pertama kali aku sembahyang kat situ, sejak mula mendaftar untuk Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) tengah tahun lepas. Ramai jugak orang, dengan pelajar, dengan pensyarah dan mungkin juga orang awam lain. Melihat pelajar membawa beg masing, memang bukan perkara luar biasa, ramai yang camtu, termasuk aku sendiri.😀

Selesai sembahyang, lebih kurang pukul 2.15 petang, aku terus bergegas ke Kompleks Sukan. Sampai je kat situ, dad kedengaran panggilan untuk memanggil pelajar masuk ke dewan periksa. Aku sapa Dayah, Azni, Fauzi dan Hafizal yang dah memang ada kat situ, buat apa yang patut terus masuk ke dewan. Seperti biasa, aku suka duduk di bahagian belakang. Kali ini, di meja hadapan dan belakang aku takde orang. Azni, Fauzi, Dayah dan Hafizal duduk di barisan meja di sebelah aku. Pukul 2.50 petang kami mula menjawab soalan. Masa tu aku perasan yang ramai di antara rakan kelas aku yang belum sampai. Jalan sesak lah tu agaknya.

Aku terus lihat soalan esei, fuh… soalan memang mencabar. Lain dari apa yang aku dan baca dan hafal. Aku coretkan isi penting yang ingat dan terus buat soalan objektif. Soalan objektif pun lebih kurang macam soalan esei, agak mencabar. Tapi itu okey lagi sebab kena pilih jawapan yang dah ada. Tembak pun takpe.🙂 Aku jawab soalan 2 dan 3 untuk soalan esei. Berkaitan dengan zaman pemerintahan Klulafa’ al-Rasyidin, zaman pemerintahan Rasulullah SAW, tamadun Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia. Aku kehilangan idea untuk bahagian zaman pemerintahan Rasulullah SAW. Daripada 3 isi yang diperlukan, aku cuma dapat agak 2 je, itu pun tak benar-benar pasti. Lama berfikir, tak juga dapat jawapan. Aku dah kecewa, terbayang di fikiran yang aku mungkin tak ada peluang untuk dapat A.

Kekecewaan terus berlalu hingga ke 20 minit terakhir. Nak jawab soalan no 1, aku takde idea pasal hak-hak wanita sebab tak baca pun bahagian ini. Ingatkan tak masuk. Kalau bahagian (b), hak-hak anak terhadap ibu bapanya aku tahulah tapi itu cuma 6 markah je. Bahagian (a) untuk hak-hak wanita tu pula 9 markah. Fuh, memang tak senang duduk masa tu. Aku tekadkan hati, aku terus jawab soalan 1. Masa ni, masa memang dah nak habis, aku guna segala skil yang ada untuk goreng dan tulis selaju yang mungkin. Tulisan aku masa ni, memang cakar ayam. Harap Ustazah dapat lah baca.😀

Sampai minit terakhir, aku masih lagi menulis, hinggga diumumkan yang pelajar CTU151 kena berhenti, baru aku berhenti. Itu pun sebab pengawas dah duduk belakang aku, tunggu aku siap tulis dan semak kertas. Dia bagi peluang kat aku. TQ Mr, tak tahu siapa dia, tak pernah jumpa pun, tapi perwatakannya macama orang berbangsa Cina. Orang sebelah Sabah dan Sarawak kot.

Secara amnya, soalan CTU semalam memang susah dan mencabar. Kalau dibandingan dengan 4 semester lepas, semester ni memang lagi susah soalan eseinya. Tapi aku dah cuba sehabis baik, hanya tinggal berdoa dan tawakkal sahaja. Insyaallah jika diizikan oleh Allah SWT, aku akan dapat keputusan yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s