Selesai kertas ACC115

Posted: March 22, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, petang tadi selesai sudah jawab kertas ACC115 dengan jayanya. Berkat latihan selama ini dan doa dari semua, aku dapat jawab semua soalan dengan yakin.

Part A, soalan MCQ agak senang. Ada antara soalan tersebut, aku baru sahaja ulangkaji masa belajar dengan sahabat sekelas, kat PTAR1 pagi tadi. Alhamdulillah, insyaallah boleh dapat markah penuh.😀

Part B, soalan no 1 berkenaan Trial Balance yang perlu sediakan Income Statement dan Balance Sheet. Aku terus buat soalan ni dahulu, dan tinggalkan bahagian A. Soalan ni seperti biasa mengambil masa yang lama untuk jawab. Jadi aku dah buat keputusan untuk buat soalan ni dahulu sebaik sahaja menjawab. Aku berjaya seimbangkan kedua belah aset dan equities dan liabilities. Alhamdulillah dalam masa sejam aku selesai jawab soalan ni.

Soalan 2 berkenaan ratio, ok boleh jawab cuma tak yakin dengan jawapan untuk komen bagi setiap bahagian ratio yang dijawab. Aku jawab apa yang aku faham. Minta-minta betul lah apa yang aku jawab tadi.

Soalan 3, berkenaan akaun debit kredit dan jurnal. Bahagian akaun mana yang perlu didebit dan dikredit tu aku yakin dengan jawapan aku, cuma tak yakin dengan jenis jurnal yang digunakan. Bila dah habis periksa, semak dalam buku rupanya aku perlu jawab sebagai General Journal untuk beberapa bahagian yang aku telah jawab dengan Capital Journal. Takpelah, satu bahagian kurang dari 1 markah. Jadi, tak banyak hilang markah kat soalan ni.

Soalan 4 berkaitan dengan Bank Reconcilation. Soalan ok, tak banyak additional info, cuma satu je error yang perlu dikreditkan dalam Cash Book. Alhamdulillah, insyaallah boleh dapat markah penuh untuk soalan ni.

Secara amnya, soalan ACC115 hari ni agak senang, mungkin berkat dari usaha aku selama ini yang tak jemu buat latihan, dan menyahut cabaran Mr Kam. Insyaallah, jika diizikan Allah SWT, aku akan dapat apa yang aku impikan, iaitu A+ untuk subjek ni.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s