Selesai kertas MKT243

Posted: March 25, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, pagi semalam selesai sudah kertas periksa yang terakhir untuk semester 2 ini, iaitu MKT243.

Pagi tu, aku bertolak awal keluar dari rumah, hajat di hati nak sampai ke Kompleks Sukan awal, untuk belek-belek nota mana yang sempat. Dalam 8.05 pagi, aku dah sampai dan ingatkan aku orang yang terawal sampai tapi sangkaan aku meleset. Aku tengok motor Hafizal dah ada. Huh, awal mamat ni sampai. Ingatkan dia sorang je, bila aku sampai kat meja makan tengok kat situ Anita pun ada. Rupanya aku orang ketiga sampai untuk pelajar2 kelas aku. Aku join diorang study, untuk kali terakhir sebelum exam paper ni bermula.

5 minit sebelum pukul 9.00 pagi, kami mula masuk ke dewan peperiksaan. Hajat di hati nak duduk belakang, tapi nombor meja untuk kelas aku kali ini di bahagian depan pula. Aku duduk kat sebelah Kak Nor, dia dah masuk lebih awal dari aku. Macam biasa, duduk je terus keluarkan kad matrik, slip exam dan segala peralatan tulis yang lain. Tulis detail kat semua paper yang patut dan baca doa penerang hati.

Kertas MKT243 hari ni ok, soalannya ada yang mencabar dan ada jugak yang menduga minda, dan banyak juga yang senang.😀  Bahagian A dab B ok soalannya, aku boleh jawab dengan yakin walaupun terpaksa belek2 entah berapa kali untuk jawab semua soalan. Insyaallah boleh score kedua-dua bahagian ni.

Untuk bahagian C, soalannya agak mencabar. Tengok je soalan 1 hingga 3, aku dah geleng kepala. Soalan 1 tentang definition cognitive dissonance, yang aku rasa pernah dengar tapi aku tak tahu maksudnya. Sudahnya aku goreng je apa yang terlintas kat fikiran. Minta-minta Pn Ainul bolehlah beri markah kasihan kat aku. Huhu… Begitu juga dengan soalan 2 dan 3, dah baca sebelum ni tentang positioning tapi tak ingat pula point penting. Soalan 3 tentang characteristic of a good brand name, yang ini pun aku main tibai je..😦  Soalan 4-7 ok, alhamdulillah aku boleh buat dengan jayanya.

Bahagia D pulak, yang part ni lagi bersyukur, aku lega sangat bila aku sedar yang aku tahu jawapan untuk kesemua soalan. Alhamdulillah. Aku tak sia-siakan masa yang ada, aku jawab kesemua soalan, walaupun soalan hanya minta untuk jawab 2 soalan dari 4 soalan. Takpe, pensyarah akan pilih 2 markah yang tertinggi. Harapan aku, dalam banyak-banyak soalan yang aku buat tu, mintak-mintak adalah yang dapat markah penuh.  :)

Okey, selesai sudah tanggungjawab untuk semester ni. Pejam celik, pergi kerja, balik kerja, luang masa dengan keluarga…. Kejap je dah habis 2 semester. Tinggal lagi 6 semester perlu dihabiskan. Good luck KP !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s