Sepagi di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Posted: March 25, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: , ,

Sepanjang semester 2 yang lepas, aku telah 2 kali menjejakkan kaki ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang juga diberi nama Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU). Ia terletak di alamat Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tujuan utama ke sana adalah untuk mencari buku rujukan untuk tugasan subjek CTU151, bersama rakan sekumpulan iaitu Naqib. Kali pertama pada pertengahan bulan Februari dan kali kedua pada penghujung bulan yang sama. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan buku rujukan yang dicari, dengan kemudahan mencari buku, menggunakan komputer yang disediakan.

Perpustakaan ini amat menarik. Di samping menyediakan bahan bacaan, buku rujukan, ruang belajar dan berbincang yang selesa, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lain. Mari lihat sedikit gambar yang aku sempat rakamkan ketika berada di sana.

Perpustakaan ini dibuka berdasarkan jadual waktu di atas ini. Pernah kali kedua ke sana, ingatkan ia dibuka pada jam 9.30 pagi seperti yang dinyatakan, tapi bila aku sampai ketika itu, orang ramai telah lama sampai sebab ada satu program yang sedang dijalankan. Ramai pelajar sekolah ada di situ. Maknanya, ia juga boleh dibuka awal berbanding dengan masa yang dinyatakan jika ada program tertentu dijalankan.

Ini ialah tangga di paras LG, untuk naik ke tingkat Ground floor. Cantik.

Sebahagian tunjuk arah untuk kemudahan yang ada di paras LG.

Zon Kreatif

Bagi mereka yang membawa anak-anak, Zon Kreatif di aras G amat sesuai untuk membuatkan anak leka di bahagian ini. Tak sempat masuk ke bahagian ini, hanya sempat tinjau dari luar sahaja sebab misi utama adalah untuk ke tingkat atas mencari buku rujukan. Insyaallah, jika ada masa nanti, nak bawa isteri dan anak-anak ke sini pula.๐Ÿ™‚

Ada 4 tingkat di perpustakaan ini, tidak termasuk paras LG.

Eskalator disediakan di setiap tingkat, memudahkan pergerakan semua pengunjung.

Ini adalah antara kemudahan yang disediakan di tingkat 3. Banyaknya..

Permandangan dari tingkat 3. Kelihatan tingkat G, 1 dan 2. Meriah dengan warna-warna yang menarik, bahan yang tersusun tapi, membuatkan hati terpaut untuk membuat kunjungan lagi di lain kali.

Buku yang disusun dengan kemas, dikatalogkan dengan baik, memudahkan pencarian menggunakan komputer.

Ruang menelaah yang tersusun, menawan hati untuk terus menelaah.

Ini adalah antara buku rujukan yang dapat dan sempat dicari di sini.

Permandangan bahagian belakang perpustakaan, dari aras G. Hijau, segar, dan… indahnya…

Ruang pejalan kaki di bahagian belakang perpustakaan, memudahkan para pengunjung untuk ke tempat meletak motosikal dan kereta. Cantik.

Itulah antara catatan dan gambar yang sempat aku rakamkan ketika ke sana pada bulan Februari 2012 yang lalu. Gambar dirakam hanya menggunakan telefon bimbit berjenama Sony Ericsson, model C510a. Insyaallah, jika ada kesempatan lagi, perpustakaan ini akan jadi antara destinasi utama untuk mencari buku rujukan.๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s