Paintball

Posted: April 15, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, hari-hari yang berlalu, hidup kembali tenang. Keadaan kembali normal seperti sebelum belajar sebelum ini, seperti awal tahun 2011 yang lalu. Tiada lagi bangun awal pagi untuk mengulangkaji sebagai persediaan untuk exam. Tiada lagi bersengkang mata sehingga dinihari menyiapkan tugasan yang diterima dari pensyarah. Tiada lagi terkejar-kejar untuk sampai ke rumah awal dari tempat kerja kerana hendak ke kelas, yang kadangkala diadakan selepas waktu pejabat. Ini berlaku apabila pensyarah ingin membuat kelas ganti. Juga, tiada lagi panggilan atau pun mesej dari rakan sekelas bertanyakan itu ini.đŸ˜€

Sejak habis periksa 24hb Mac yang lalu, masing-masing membawa diri tanpa banyak khabar berita, mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau dulu, ramai juga rakan sekelas yang menelefon atau SMS, membuatkan hari-hari penuh terisi. Ketika itu, hanya satu niat di hati iaitu cuba buat yang terbaik walaupun kekadang masa membatasi diri untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.

Baru-baru ini, ada di antara rakan sekelas yang mencadangkan kami buat aktiviti sepanjang cuti semester 2 ni. Ada yang mencadangkan berpiknik di air terjun, ada yang mengajak mendaki gunung dan sebagainya. Aktiviti yang paling mendapat perhatian ramai adalah paintball. Setelah berbincang dan dipersetujui ramai, kami akan main paintball di The Dome, The Summit USJ pada 6hb Mei 2012 nanti.

Syafura yang ada sedikit kelebihan, yang boleh mendapatkan baucar dari Groupon, telah berjaya mendapatkan baucar dengan harga RM36 untuk setiap baucar. Harga ini boleh dikira berbaloi sangat, kalau tidak ia 2 kali ganda dari harga ini. Seramai 16 orang termasuk diri aku sendiri, telah bersetuju untuk menjayakan agenda ini. Ramai jugak tu, boleh bahagi kepada 2 kumpulan, 8 orang setiap kumpulan.

Sebenarnya aku tidak pasti, sebab sebelum ini tarikh awal untuk agenda ini adalah pada 22hb April. Aku okey pada tarikh tersebut, memang boleh turut serta tapi bila dah ditukar ni, macam tak pasti. Plan awal, memang nak balik ke kampung halaman pada tarikh tersebut. Minggu sebelumnya pula tak boleh balik ke kampung, sebab kemungkinan besar akan diminta untuk datang bekerja. Hm… Aku ikut je apa yang bakal berlaku, kalau takde aral, insyaallah aku join diorang main paintball ni nanti, kalau tidak aku akan beri peluang kepada mereka yang berminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s