Hati keluh kesah

Posted: April 22, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Bila dah menaip tajuk entri kali ini, terfikir pula, “Betul ke apa yang nak diperkatakan ni. Keluh kesah? betul ke perkataan ini yang patut dipilih untuk menggambarkan perasaan aku saat ini?”

Ye, hati di kala ini agak keluh kesah atau secara bahasa mudahnya gusar memikirkan banyak perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat ni. Yang pertama tak nak cerita kat sini.

Yang kedua, mengenai keputusan periksa untuk semester 2 yang lepas, yang dijangka akan dikeluarkan pada hari Jumaat 27 April nanti. Tinggal 5 hari je lagi. Hati agak berdebar-debar. Semakin nak sampai ke tarikh itu, semakin tak dapat duduk diam. Hmm….😦

Yang ketiga, plan main paintball pada 6 May nanti. Kemungkinan besar aku mungkin tidak akan hadir. Walaupun, aku telah pun membuat bayaran, tapi aku rasa aku tak dapat nak hadirkan diri. Tapi, tak tahulah, jika keadaan berubah, aku mungkin akan join juga rakan sekelas lain pada hari tu nanti. Tapi, buat masa ini, nampaknya tidak.

Tak lama lepas dapat result tu nanti, nak kena daftar untuk semester 3 pula. Hajat di hati untuk semester depan ni, nak ambil lebih subjek supaya tempoh pengajian dapat dipendekkan sedikit. Kalau ikutkan plan ined, aku kena habiskan 8 semester untuk dapatkan diploma DBS ni. 8 semester agak lama bagi aku yang dah berusia ini. Yep aku dah berusia, jika dibandingkan dengan rakan sekelas lain yang rata-ratanya masih lagi 20-an umur mereka.🙂

Hmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s