Nama pensyarah semester 2

Posted: April 30, 2012 in 2011 Semester 2

Seperti yang pernah dibuat dalam semester 1 sebelum ini, aku akan mencatatkan nama-nama pensyarah setiap semester di dalam blog ini. Satu tujuan di hati, supaya nama mereka yang banyak berjasa dalam hidup aku, tidak terlupa dari pada ingatan diri yang semakin meningkat usia ini.🙂

Untuk semester 2, di bawah ini adalah nama-nama pensyarah tersebut:

1. Encik Kamaruzzaman Muhammad.

Beliau mengajar subjek ACC115, Financial Accounting. Beliau cool, relax dengan perwatakan yang bersahaja dan dari gaya bahasanya, mungkin beliau berasal dari Kelantan atau pun Terengganu. Kadangkala berseloroh untuk menghilangkan kebosanan pelajarnya di dalam kelas. Mana tidaknya, rata-rata antara kami, tidak begitu memahami apa yang diajar, mungkin agak laju cara penyampaiannya.  Aku? Alhamdulillah, dapat memahami apa yang diajar dan dengan latihan yang konsisten, telah dapat merekodkan keputusan yang terbaik untuk subjek ini. Cayalah KP.😀

 

2. Ms Doreen Azlina Ab Rahman

Beliau mengajar subjek BEL260, Intermediate English. Beliau masih muda lagi, mungkin awal 30-an, seorang yang amat fasih berbahasa inggeris (sudah tentunya), boleh bercakap tanpa henti membuatkan semua pelajar terpaku mendengar kata-katanya yang sungguh jelas dan nyaring sekali. Kalau duduk di belakang kelas sekali pun, suaranya boleh didengari dengan jelas sekali. Itu kelebihannya.

Pertama kali dalam kelasnya, semua pelajar perlu bercakap di dalam bahasa ingeeris, kalau tidak akan menerima sindiran yang pedas sekali, seperti yang terkena pada Syafura pada hari pertama kelas, di mana dia telah menjawab dalam bahasa melayu, dan dia ditanya semula, “What language is that? German?” Haha…

 

3. Ustazah Che Zaharah Bte Abdullah

Beliau mengajar subjek 151, Pemikiran dan Tamadun Islam. Orangnya berperwatakan sederhana, agak berusia (mungkin awal 50-an), menutup aurat, sesuai dengan panggilan diri yang dibawa oleh seorang ustazah. Bila berbincang mengenai subjek yang diajar, beliau akan cuba menerangkan dengan lebih mendalam tentang tamadun, juga tentang Islam…. menunjukkan pengalaman diri yang begitu meluas. Kelas untuk subjek ini pada sebelah petang (4.15 petang) dan ini membuatkan ramai yang tertidur kepenatan. Yelah, kelas telah pun bermula seawal 8.30 pagi.😦

 

4. Puan Ainulmaawa Bte Hamat

Beliau mengajar subjek MKT243, Fundamentals of Marketing. Orangnya berpakaian biasa, simple dan bersuara nyaring. Masih muda lagi, aku anggarkan usianya dalam 30-an. Melihatkan usia anaknya yang pernah beliau bawa ke kelas, mungkin beliau lebih kurang sebaya dengan aku, tapi tak pasti.

Walaupun kelas hanya bermula pada kelas ke-3 (kelas pertama dan kedua tiada siapa yang mengajar), tapi beliau dapat menghabiskan silibus pembelajaran tepat pada masanya. Kalau tak silap, lebih awal dari pensyarah yang lain. Ini adalah kerana beliau adalah pensyarah pertama yang mengadakan kelas pada waktu malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s