Main paintball @ Dome Paintball, The Summit USJ

Posted: May 10, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Alhamdulillah, hari Ahad lepas, 6hb May 2012, plan main paintball kat Dome Paintball, The Summit USJ menjadi kenyataan.

Seperti yang telah dirancang, aku keluar rumah awal untuk sampai awal kat Summit. Asalnya nak jumpa Hafizal kat satu tempat untuk kami pergi sama-sama, tapi kemudian dia bagitau yang dia pergi sendiri. 1.15 petang aku dah siap parkir motor kat tempat parkir motor dalam Summit. Cek henpon, ada 2 missed call, satu dari Hafizal dan satu lagi dari Syafura. Aku telefon balik keduanya, mana tau ada hal penting. Hafizal tak angkat panggilan, masih atas motor lah tu. Syafura pulak tanya aku kat mana, dia kemudian minta aku cek reservation bila dia tau yang aku dah sampai.

Aku sebenarnya tak tahu tingkat mana tempat main paintball ni, aku agak je yg ia terlatak kat tingkat 4. Tekaan aku betul, bila aku naik je tangga eskalator dari tingkat 3 ke 4, dah nampak dah pintu masuk ke Dome Paintball ni. Aku mesej rakan-rakan yang lain, beritahu diorang yang tempat ni memang kat tingkat 4. Takut nanti ada yang tersesat pulak ke tingkat lain.🙂

Melilau jugak mata mencari kalau-kalau ada orang yang aku kenal, tapi nampaknya aku adalah orang yang pertama sampai. Aku kemudian terus ke kaunter, cuba nak semak reservation. Alhamdulillah, semuanya ok, nama Syafura (dia yang buat booking reservation) ada kat dalam senarai. Team kami dijadualkan pada pukul 2 petang.

Tak lama kemudian, Hafizal sampai. Kami sembahyang zuhur dulu kat surau yang ada kat tingkat yang sama, tak jauh dari pintu masuk ke Dome Paintball ni. Selesai solat, kami masuk semula. Mana tahu ada rakan lain yang dah sampai, tapi takde… Tak lama kemudian Bob Lagenda muncul (aku tak tau nama sebenar dia, ini pun nama dalam Facebook je, hehe). Lebih kurang pukul 2 petang, Adi pulak sampai, cukuplah 4 orang untuk satu team 2 orang: 2 lawan 2. Yang lain-lain tak nampak batang hidung lagi, walaupun jam dah menunjukkan sudahpun pukul 2 lebih. Ceh, diorang ni memang janji *tut*. Hahahahah… tak tau nak gelak marah ke gelak suka, ikut suka korang lah camne nada korang baca.😀

AT: Sebelum bertempur

Posing dulu sebelum bertempur

Lama jugak menanti, rasanya dalam pukul 3 petang pun kami tak mula lagi sebab masih lagi menunggu rakan lain yang masih belum tiba. Orang kelima sampai adalah Syafura, kemudian diikuti oleh Odah beserta suami dan anak-anaknya. Akhir sekali Hani sampai diikuti dengan kawan-kawan dia. Cukuplah 12 orang untuk main, walaupun kami target mula-mula, 16 orang (yang dah setuju).  Ada di antara mereka yang beritahu awal tak boleh datang, jadi bolehlah cari pengganti, tapi ada juga yang tak bagitau, maka kuranglah sedikit bilangan yang jadi main.

Sebelum main, ada sorang staff Dome Paintball (referee) yang beri kami tunjuk ajar, untuk bagaimana nak main, cara main, cara pegang marker (panggilan utk senapang tu), cara tembak, dan macam-macam lagi. Secara amnya, kalau sapa-sapa yang tak pernah main pun tak perlu risau, memang ada penerangan lengkap sebelum main permainan ni.

Setelah semua siap sedia, kami 12 orang ni pun masuk ke padang tempat bertempur. Tempat ni rasanya lagi challenging dari padang yang satu lagi. Kat dalam padang ni ada tangga (sesuai bagi yang nak jadi ala-ala sniper), ada bermacam objek (belon plastik) yang berbentuk kereta kebal, dinding pertahanan, castle dan sebagainya. Sesuai untuk main sorok-sorok sambil tembak menembak. Kat padang satu lagi, macam rata je, belon plastik pun bentuk biasa je. Macam tak berapa best.

Ready for action

Round pertama, team aku (team hijau) kalah. Yelah, belum apa2, baru je nyorok balik tiang, cuba nak carik musuh, dah kena tembak kat kepala. Yep, sebahagian rambut aku kat tempat kena tembak tu, berbekas cecair berwarna merah jambu. Binawe punya Hafizal, dia dapat naik ke atas tangga, dan senang nak tembak sorang-sorang dari atas tu. Cis… Tempat diorang, belah yang boleh naik ke tangga, senang nak serang, ada kelebihan tangga tu. Cis lagi…

Round kedua, team aku menang. Aku dapat tembak sorang tepat kat kepala, tapi kena mask dia lah. Masa tu aku nampak kepala jer, bahagian badan dia terlindung di sebalik satu belon plastik yang ada kat situ. Apalagi, takkan nak lepas peluang kan?🙂 Kami dapat kelebihan tempat, walaupun aku rasa takde antara team member aku yang naik tangga. Haaa, baru korang rasa.

Round ketiga dan keempat aku tak pasti sapa menang. Aku kena tembak awal, jadi perlu berada di safety zone/area, di sebalik satu belon plastik berupa dinding. Masa round keempat tu, aku tak sedar yang peluru aku dah habis, dan aku main tembak je macam peluru masih ada. Tiba-tiba je sorang referee ni jerit sambil tunjuk kat aku, “Out !”. Aku yang terpinga-pinga terus melangkah ke tempat safety zone/area. Lepas buka tabung peluru, baru aku tau yang peluru memang dah habis. Cis, kalau aku tau, awal-awal lagi, aku tembak bila perlu je.

Tapi aku respek lah dengan Bob, Adi, Hafizal, Hani dan Odah dan korang yang lain, yang sempat main sampai round ketujuh. Pandai korang main. Jeles aku. Takpe, lain kali ada rezeki, kita repeat lagi.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s