Ambil subjek tambahan untuk semester 3

Posted: May 15, 2012 in 2011 Semester 2

Beberapa ketika selepas mendapat keputusan periksa untuk semester 2 yang lepas, aku sempat sembang dengan Hafizal, sebelum kami main paintball kat Dome Paintball. Ketika itu juga ada Bob Lagenda di situ, dan kami sempat bertukar pandangan. Hajat di hati, nak tanya pendapat orang lain, untuk ambil lebih subjek di dalam semester akan datang, supaya jumlah semester dapat dikurangkan.

Dalam pelan pembelajaran InED untuk DBS yang aku ambil ini, aku perlu habiskan 8 semester untuk menggenggam segulung diploma di tangan. Jika aku ambil 5 subjek di dalam setiap semester, di antara semester 3 hingga 7, aku akan dapat jimatkan satu semester. Tidak perlu belajar pada semester kelapan. Di sini, aku dapat jimat masa pembelajaran, dari 4 tahun kepada 3 tahun setengah. Itu kelebihannya.

Keburukannya pula, masa aku akan banyak dihabiskan dengan belajar, masa untuk perkara lain akan berkurangan. Aku perlu betul-betul tumpukan perhatian, jika ingin score kesemua subjek. Kalau setakat dapat cukup makan je untuk subjek yang diambil, macam tidak berbaloi juga. Kalau aku gagal mana-mana subjek, aku perlu repeat semula subjek tersebut. Isk, banyak risikonya.

Lagi, subjek kelima mungkin kelasnya adalah pada hari lain, tidak sama dengan hari seminar untuk 4 lagi subjek yang lain. Jadi, aku perlu korbankan masa, tenaga, wang tinggit dan banyak lagi aspek lain untuk subjek tambahan ini. Rasa membazir pula jika perlu datang ke UiTM 14 kali setiap semester, disebabkan oleh subjek kelima ini. Kalau ambil 4 subjek, hanya perlu datang 7 kali je setiap semester.

Jadi, setelah ditibang tara, aku telah membuat keputusan yang aku akan ikut pelan yang telah digariskan oleh InED, iaitu mengambil 4 subjek dalam setiap semester hingga semester kelapan.🙂

Comments
  1. shah says:

    betul…biar kayuh lambat..asalkan selamat…insyallah akan sampai juga ke destinasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s