Teringat semasa dulu

Posted: May 18, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Semalam adalah sejarah. Itu hakikat yang tidak dapat diubah.

Teringat semasa dulu, masa mula-mula daftar kat Dewan Sri Budiman. Pagi-pagi lagi aku keluar dari rumah, mengahala ke UiTM Shah Alam, datang dengan tak tahu jalan ke dewan ni, tanya kat pakcik pengawal kat pintu masuk UiTM. Lepas tu terus menuju ke tempat yang ditunjukkan, ke satu bangunan tinggi di atas bukit. Sampai sana, orang dah ramai dan aku terus ikut beratur. Dapat satu beg berwarna merah berlogo UiTM, yang di dalamnya ada sebotol air mineral, sebuku roti dan sebuah buku panduan tentang cara menggunakan i-class. Isi borang itu ini, ambil gambar, beratur tunggu giliran.

Sebelah tengahari, alhamdulillah makan disediakan, jadi tak perlu fikir mana nak makan. Lepas makan, sembahyang zuhur kat surau yang ada kat situ. Sebelah petang pulak, dengar penerangan dari banyak pihak seperti dari wakil bendahari, pengarah InED dan lain-lain lagi. Bermulalah hari pertama aku sebagai salah seorang pelajar di UiTM Shah Alam.

Semester 1

Masa semester 1, hari pertama kelas agak ceria. Masing-masing saling berkenalan. Inilah kali pertama jumpa rakan sekelas, aku tak pernah jumpa mereka walaupun semasa daftar tempohari. Subjek pertama pada pukul 8.30 pagi, di hari itu adalah Business Mathematic (MAT112) kalau tak silap. Penyarahnya (Puan Roziah Ani) mengajar dengan begitu efisien sekali, membuatkan aku terus meminati subjek ini, dah alhamdulillah aku berjaya mendapat markah yang terbaik dalam peperiksaan.🙂

Sempat juga kami buat beberapa study group, bertempat di tempat kerja Kak Nor di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Kali pertama, kami berjaga hingga 2.30 pagi menyiapkan test 1 MAT112 yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Ramai juga yang datang, lebih kurang 9 orang rasanya. Ramai juga yang terlentok, tidak dapat menahan mengantuk tapi kami tabahkan juga menyiapkan kesemua soalan yang diterima. Yelah, di siang hari kami bekerja, perlu korbankan masa selebihnya untuk membuat pelbagai tugasan yang diberi. Syabas untuk mereka yang hadir: Aku, Edy, Fauzi, Romezan, Faiz, Anita, Fazdillah, Kak Nor dan Kak Ti.

Sebelum periksa bermula, Puan Roziah dengan rasa bertanggungjawabnya, untuk membantu para pelajarnya memahami subjek MAT112, telah mengadakan satu bengkel matematik. Bengkel ini diadakan di fakulti perakuanan, di Menara SAAS. Pertama kali aku naik menara ni, ke satu kelas di tingkat 7 kalau tak silap. Ramai juga rakan sekelas yang datang di samping pelajar-palajar perakaunan yang mengambil subjek yang sama.

Kemudian, musim periksa bermula. Peperiksaan untuk keempat-empat subjek  diadakan di Kompleks Sukan UiTM. Dewan ni besar, kalau takde acara atau takde periksa, dewan ini boleh digunakan untuk main badminton. Ada 8 gelanggang dalam dewan ni. Banyak kan? Habis je periksa untuk subjek terakhir (MAT112), ramai antara kami yang sama-sama minum kat Wong Solo, Seksyen 7. Masa ni memang lega sangat, terasa bebas dari belenggu irama, terasa sangat merdeka. Balik rumah, terus tidur untuk menggantikan semula tidur yang tertunggak.😀

Habis periksa, ada antara sahabat menyarankan untuk main badminton. Aku aturkan. Selepas habis test BEL120 di INTEC, Seksyen 17 Shah Alam, kami main badminton di tempat yang sama, di dalam INTEC. Kemudian, kami rancang untuk main semula untuk kali kedua. Kami plan untuk main di Kompleks Sukan. Pada hari pertama tak ramai yang datang, 3 orang je. Aku, Hani, Anita dan Edy (yang datang sekejap sahaja). Hari kedua pulak, aku tak dapat nak datang, ada hal lain. Masa tu ramai juga yang datang, seramai 6 orang, macam dalam gambar atas ni. Kredit untuk Edy, untuk gambar yang aku ambil di Facebook.

Semester 2

Masa semester 2, kelas di hari pertama tu, pada tengaharinya kami makan bersama-sama, beramai-ramai sebab aku tunaikan nazar aku, untuk belanja semua rakan sekelas makan. Seronok ramai-ramai makan ayam penyet, ayam bakar dan ada juga yang pilih pecel lele kat Wong Solo. Ramai juga yang ada masa tu, lebih kurang 22 orang. Alhamdulillah, selesai sudah satu perkara yang wajib aku laksanakan.

Sempat juga kami berkelas sebelah malam, untuk subjek MKT243. Adalah sebanyak 2 kali rasanya di tingkat 1, bangunan fakulti tempat kami belajar. Pertama kali tu, kami kena jawab kuiz, memang tak sedia, jadi jawapan dan markah pun haru biru je. Kelas kedua pulak, perlu jawab test 2. Memang haru, susah jugak soalan-soalan yang diberi. Tapi aku siapkan jugak. Terima kasih Puan Ainul atas budi bicara yang amat baik sekali pada kami semua. Kami hargainya.

Antara subjek mencabar adalah CTU151. Untuk menyiapkan tugasan berkumpulan, aku dan rakan sekumpulanku Naqib perlu mencari bahan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. 2 kali kami ke sana untuk mencari bahan. Akhirnya siap juga tugasan ni, lepas tu kena present pulak kat depan kelas. Kena sediakan sedikit slide dan bentangkan. Syabas untuk Naqib, dia telah bentangkan tugasan kami dengan begitu baik sekali. Aku? Tukang klik untuk tukar slide je. Hehe…😀

Untuk subjek BEL260, kami juga telah menjalani speaking dan listening tests. Setakat listening test tu okay lagi sebab agak senang. Perlu dengar dengan teliti, dan kemudian jawab soalan berdasarkan apa yang didengar. Tapi bila memikirkan tentang speaking test, seram sejuklah jugak. Yang paling best, semua orang kena berpakaian formal. Bagi lelaki, perlu pakai baju kemeja, seluar slack, dan berkasut hitam. Memandangkan aku bukan berpakaian begini semasa kerja, agak kekok lah jugak. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan kumpulan aku telah membuat yang terbaik tanpa banyak komen dari Ms Doreen,🙂

Antara kenangan manis yang lain ialah, aku telah mengajak rakan sekelas untuk cabaran belanja makan. Selain untuk menguji diri sendiri untuk membuat yang terbaik dalam sejarah hidup, aku juga ingin sahabat lain turut serta, untuk mereka membuat yang terbaik ketika periksa, untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Sambutannya, biasa sahaja. Ada juga yang agak keberatan untuk turut serta, tapi tidak mengapa. Keputusan periksa telah keluar, dan nampaknya orang yang perlu belanja orang lain untuk makan kali ini adalah Odah.

Rasanya itu sahaja yang dapat aku coretkan buat masa ni. Sesekali, seronok juga mengimbau kenangan lama. Yep, kenangan itu indah. Aku kerinduan. Rindu untuk kembali ke kelas semester 3 nanti, kembali balajar, kembali membuat tugasan dan test, dan periksa.😀

Comments
  1. fauzi says:

    miss it..

  2. KP says:

    Yeah, me too Fauzi.😀

  3. moon says:

    lepas dah habih belajar,terasa rindu pulak nak buat assignmnet bagai…hehehe.salam perkenalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s