Dah boleh daftar untuk semester 3 2012/2013

Posted: June 9, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Sejak 1 Jun 2012 pelajar diploma UiTM dah boleh mendaftar untuk semester depan. Memang benarlah apa yang diperkatakan sebelum ini, pendaftaran hanya boleh dilakukan hanya dari 1 Jun. Aku je yang tak percaya masa tu… Lambat sangat tunggu masa nak daftar… Hehehe…

Pada mulanya aku cuba untuk daftar keempat-empat subjek, seperti yang dijadualkan oleh InED. Tapi malangnya pada hari Jumaat tersebut,  hanya subjek BEL311 dan CTU241 yang boleh didaftarkan. 2 lagi subjek iaitu ACC116 dan ECO162, tiada group dalam senarai yang boleh dipilih. Jadi memang tak boleh daftar 2 subjek tersebut.

Sehingga ke malamnya, pendaftaran belum lagi selesai. Masalah group belum dapat diselesaikan oleh pihak InED. Aku agak tentu ramai yang telefon InED bertanyakan mengenai masalah ni, termasuk aku. Keesokan harinya aku balik ke kampung, jadi susahlah sikit nak online, perlu pergi ke CC.

Pagi Isnin, aku mesej beberapa rakan sekelas. Minta bantuan mereka untuk beritahu aku jika dah boleh daftar 2 lagi subjek tersebut. Alhamdulillah, ramai yang membantu. Diorang beritahu aku, sebaik sahaja dah boleh daftar. Tanpa membuang masa, tengahari Isnin tersebut, aku terus ke CC dan terus daftar 2 lagi subjek tadi. Alhamdulillah, selesai pun.

Bawah ni senarai subjek yang aku dah daftarkan untuk semester 3. Macam biasa, hanya 11 jam kredit yang aku ambil. Memang betul-betul ikut plan pembelajaran yang dirancang oleh InED.🙂

Buat masa ni aku cuma menunggu masa nak tahu berapa jumlah yuran yang akan dikenakan. Dah tahu nanti, aku plan nak terus pergi bayar, senang kerja… senang hati. Kelas pertama pada 24 Jun nanti, tak lama sangat lagi dah tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s