Lagi 10 hari

Posted: June 14, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Hari ni 14 Jun 2012, dan pada 24 Jun nanti kelas pertama untuk semester 3 ni akan bermula. 10 hari je lagi.

Rasa tak sabar jugak nak tunggu 24 Jun tu nanti, antara sebabnya:

  1. Dah lama cuti, rasa macam lama je cuti sem 2 ni. Masa cuti sem 1 hari tu rasa kejap je. Tak tahu kenapa, semangat diri yang lebih kot…😀
  2. Dah lama tak jumpa kawan-kawan sekelas, mesti banyak cerita dari diorang. Pasti punye…
  3. Dengarnya untuk sem 3 ni, kelas akan digabungkan antara kelas A (PLK), kelas B (PLK, kelas aku lah ni) dan e-PJJ. Huih, macam ramai je sekelas tu nanti. Muat ke? Sebelum ni dalam kelas aku hanya ada dalam dua puluh lebih orang je. 24 orang kalau tak silap. Ni bila dah campur dengan yang lain, mau lebih dari 30 orang.
  4. Nak jumpa pensyarah baru, tentu mereka ada cara mereka sendiri. Aku nak tengok kali ni, ramai pensyarah lelaki ke, dan berapa ramai juga pensyarah perempuan. Kalau semester-semester lepas, hanya sorang pensyarah lelaki (Mr Q untuk subjek MGT162) masa sem 1, dan Mr Kam masa sem 2 (subjek ACC115). Tak tahulah kenapa bila lelaki je panggil Mr (Mister). Diorang tu melayu, kenapa tak panggil encik ek?
  5. Nak dengar syarahan pensyarah semula, nak tulis nota semula, nak hadap buku sampai larut malam semula, nak test semula, nak exam semula….
  6. Dan yang paling best sekali, aku nak habiskan diploma DBS ni secepat mungkin (kalau boleh), pastu nak sambung sampai ke peringkat ijazah lak, insyaallah boleh. Kalau terus berusaha, takde yang mustahil.🙂

Setakat ni, aku belum lagi bayar bil sebab setakat pagi tadi, bila semak kat laman web bursary UiTM, bil untuk semester 3 tak dikeluarkan lagi. Biarkan je, lagi lambat keluar, lagi lambat aku bayar. Kalau nanti ada apa-apa masalah, ini boleh dijadikan alasan. Hahaha….😀

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s