Kelas pertama sem 3 sehari je lagi

Posted: June 22, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Nak rehat kejap, nak rehatkan minda dengan buat sesuatu yang lain, yang santai macam tulis apa sahaja untuk blog ni. Boleh merapu apa sahaja.😀

Fuh, terasa agak berat beban yang terasa di bahu sekarang. Di samping kerja yang memerlukan perhatian, aku juga perlu turut sama menyumbang dalam perbincangan dalam i-class. Mula-mula awal minggu ni, hanya ada beberapa post perkenalan dari pensyarah untuk kelas ACC116. Tak lama kemudian berliau letak beberapa post untuk perbincangan, ok lagi. Aku cuba jugak nak menyelit, nak turut sama berbincang tapi takde idea. Bukak buku, cuba baca sikit, tapi tak tahu kenapa, terasa cepat je mata ni ngantuk. Hehe…

Laju sungguh perkembangan dalam i-class ni. Baru 2, 3 hari dah bermacam perkara yang perlu dilakukan. Semalam, dan ada dah tugasan 1 dan 2 dalam i-class, tapi mujur jugaklah due datenya lambat lagi. Hantar masa seminar 3 dan 5. Alhamdulillah, boleh lepak, tidur puas-puas dulu.🙂

Begitu jugaklah dengan subjek CTU241, pun dah ada beberapa post dari penyarah. Yang ini pun, tak sempat nak join jugak perbincangan. Sempat baca jer soalan, nak jawab tak sempat lagi. Kali ni kami akan diajar oleh seorang ustaz. Sebelum ni untuk 2 semester berturut-turut, ustazah yang mengajar.

Subjek ECO162 pun sama jugak, dah banyak yang perlu dilakukan. Kena turut sama berbincang, jawab soalan yang diberikan dalam i-class. Cuma subjek BEL311 je yang takde apa-apa post dari pensyarah lagi.

Alahai… terasa cepat sungguh masa berlalu. Hari ni dah hari Jumaat. Lagi 1 hari lagi untuk jawab itu ini dalam i-class. Lepas tu hari Ahad, dah nak kena pergi kelas pulak. Wajib datang ni, sebab kelas pertama dalam semester 3 ni.

Aku dapat bayangkan betapa penuhnya kelas tu nanti. Kalau tengok kat i-class, rata-rata jumlah pelajar yang mengambil subjek-subjek yang ada, seramai lebih kurang 40 orang. Ramai tuuuu…. sebelum ni hanya 20 lebih orang je. Fuh…. lagi meriah lah kelas lepas ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s