Semester 3: Seminar 1

Posted: June 25, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Alhamdulillah, semalam berlalu sudah seminar pertama dalam semester 3 ni.

Aku bertolak dari rumah agak lewat. Kebiasaannya aku akan sampai awal bila kelas pertama macam ni. Tapi tidaklah terlalu lewat, 8.25 pagi dah masuk ke kelas dah. Dalam kelas dah ada beberapa orang. Ada lebih kurang 3 orang pelajar yang aku tak kenal, Fadzilah, Erwan dan juga Azni dah ada kat situ. Aku sapa Erwan dan Azni, letak beg dan pergi ke bilik air jap, nak basuh muka. Rasa tak selesa kat muka, mungkin sebab banyak asap dan debu melekat (aku datang ke kelas dengan menaiki motosikal).

Kelas pertama pada pukul 8.30 pagi adalah untuk subjek CTU241. Ramai jugak pelajar yang ambil subjek ni, hampir penuh satu kelas, lebih kurang 40 orang rasanya. Termasuk kami pelajar PLK kelas A dan B, dicampur dengan pelajar PJJ. Ustaz Mahbob, pensyarah untuk subjek ini, menerangkan sedikit sebanyak tentang apa yang bakal kami pelajari.

Kelas kedua adalah ACC116, bermula pada pukul 10.45 pagi. Bilangan pelajar semakin kurang, ada di antaranya yang pergi ke kelas ACC115 untuk mengambil semula subjek ini, kerana gagal pada semester sebelumnya. Tak ramai yang tinggal. Antaranya aku, Erwan, Shahrul, Hafizal, Qamar, Naqib, Anita, Hani, beberapa pelajar lain dari kelas A dan pelajar lain yang mana aku tak kenal lagi mereka ini. Puan Y. Nurli (pensyarah untuk subjek ini), masuk ke kelas agak awal. Cara beliau mengajar bagus, mungkin sudah banyak pengalaman mengajar dalam subjek ini.

Habis je kelas akaun, aku, Erwan dan Shahrul terus menuju ke restoran Barra, kat seksyen 7 Shah Alam. Tak tahu dah nak makan tengahari kat mana. Nak makan kat Seksyen 2, agak padat kawasan tu rasanya. Aku cadangkan kat diorang, untuk makan kat seksyen 7, mujurlah yang lain ikut je tanpa banyak songeh.πŸ˜€

Habis je makan dan tak lama lepas tu, beberapa orang lagi sampai (Hani, Odah dan Syafura). Nampaknya hanya kami berenam je yang makan kat situ. Ingatkan yang lain akan datang jugak, tapi nampaknya tidak, mereka ada hal masing-masing agaknya. Dengarnya, ramai juga yang terus ke InED untuk hal berkaitan dengan bil yang belum selesai lagi. Dan… ada juga yang pergi ke Dwelling 6, untuk dapatkan modul (buku teks). Aku tidak mengapa, banyak lagi masa ada untuk ambil modul tersebut. “Lambat sikitlah, nanti-nanti baru ambil… ” kata hati yang malas.πŸ™‚

Kelas ketiga, ECO162 bermula pada pukul 2.00 petang. Aku agak lambat masuk kelas, sebab jenuh jugak Erwan nak cari parking kereta. Walaupun aku hanya menumpang kereta Erwan je, tapi kami kan satu kereta? Nak tak nak kena ikut jugaklah ke mana tuan kereta bawa. Hahaha… Masuk je ke kelas, pensyarah (Puan Fatimah Setapa merangkap koordinator kami pelajar PLK) dah ada. Mujur beliau tak tegur apa-apa. Kelas pertama mungkin, beliau bagi peluang lagi kat kami.

Agak ngantuk masa kelas ni, mungkin penangan makan ikan keli masak lemak masa makan tadi. Tak tahulah ramuan apa yang diletak sampai ngantuk macam ni sekali. Mungkin jugak sebab aku masuk tidur lewat malam sebelumnya. Ntah, tak pasti tapi memang ngantuk sangat. Erwan yang duduk kat sebelah aku dah cadangkan dah kat aku supaya aku basuh muka. Cuma aku je yang malas. Nasib baiklah, aku duduk di meja barisan tengah, di belakang seorang pelajar perempuan ni, memang ngam-ngam muka aku terlindung kat belakang dia. Jadi kalau aku terlelap pun, Puan Fatimah tak nampak rasanya. Hehe… Cara penyampaian Puan Fatimah agak menarik, pandai berliau berinteraksi dengan para pelajar. Kadang-kadang hilanglah ngantuk sekejap, tapi tak lama kemudian ngantuk semula.😦

Kelas terakhir pada hari tersebut adalah BEL311, bermula pada pukul 4.15 petang. Pensyarah (Mr Daljit Singh) sampai awal. Aku yang sebelumnya keluar menunaikan solat Zuhur, bila masuk sahaja ke kelas dalam pukul 4.10 petang, buka je pintu dah nampak pensyarah kat meja depan. Rileks je beliau duduk kat situ tunggu masa nak mula kuliah, dan tunggu pelajar lain masuk. Penyampaian Mr Daljit bersahaja, banyak tips-tips yang diberi bagaimana untuk dapat markah tinggi. Insyaallah, boleh dapat A untuk subjek ni.

Kelas habis agak awal dari masa yang dijadualkan. Yelah, bila beliau tanya sama ada kami ada apa-apa soalan atau tidak, tak ramai yang memberikan maklumbalas positif, termasuklah aku jugak. Mungkin ramai yang masih malu-malu untuk bersuara, maklumlah kena bercakap bahasa Inggeris. Tak macam subjek lain, yang masih boleh cakap bahasa melayu, walaupun subjek itu diajar dalam bahasa inggeris.

Itu sahaja yang boleh dingomelkan untuk kelas semalam. Ada masa, insyaallah aku mengarut lagi.πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s