Selsema

Posted: July 2, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT meneruskan hidup yang masih berbaki ini.

2-3 hari ini diri tak berapa sihat, selsema. Nak buat apa pun tak berapa nak seronok, tak secergas hari-hari sihat yang berlalu. Kat tempat kerja, cepat-cepat siapkan kerja. Tepat pukul 5.30 petang, kemas meja, terus balik. Hajat di hati, nak cepat sampai kat rumah, nak rehatkan badan yang rasanya tak cukup rehat ni. Sampai kat rumah, sembang kejap dengan isteri, mandi dan kemudian solat Asar. Lepas tu minum petang pula, isteri sediakan teh-o dengan nuget ayam. Emmm sedap. Hehe…

Sebelah malam, rasa sayang pula nak tidur awal, dengan banyak perkara yang tak selesai lagi. Hari Ahad nanti dah seminar kedua. Cepat sungguh masa berlalu. Memang betul lah kata orang, masa itu emas. Kalau tak dimanfaatkan sebaiknya, masa akan berlalu macam tu je. Kalau tak sediakan diri dengan pelbagai perkara, memang ketinggalan lah jawabnya. Itulah hakikat di zaman sekarang.

Di i-class, sudah banyak perbincangan dari pensyarah. Aku cuma sempat turut serta dalam beberapa perbincangan sahaja. Boleh dikira. Dah banyak dah soalan yang dikemukakan oleh pensyarah dalam kelas maya ni, tapi nak jawab aku pun tak faham lagi. Dah mula juga baca buku sikit, tapi memang sikit je la… Ni pun tadi, dah pegang buku akaun (ACC116), tapi tak baca jugak… Hish, tak boleh jadi ni.

Orait, nak teruskan baca. Pada korang yang sedang ulangkaji, selamat mengulangkaji…. semoga selamat semuanya.😀

Comments
  1. shah says:

    situasi yang sama macam aku…pegang buku dah..baca sikit je..last2 tertidur..uhuhu

    • KP says:

      Kalau pegang buku sambil baring memang macam tu Shah, cepat je ngantuk. Nak tak nak, kena gagahkan juga baca buku kat meja. Baru dapat sedikit sebanyak yang dibaca… hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s