Semester 3: Seminar 3

Posted: July 24, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Hmm, nampaknya aku memang betul-betul sibuk kebelakangan ini. Kebiasaannya, aku akan cuba coretkan sedikit tentang apa yang terjadi pada setiap seminar yang berlalu, tapi untuk seminar ketiga pada hari Ahad 15hb Julai yang lepas, baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis tentangnya. Fuhh…. Dah lebih seminggu dah tu. Ko memang betul-betul sibuk KP.🙂

Wokeh, disebabkan subjek CTU241 dan BEL311 tidak dijadualkan pada seminar ketiga yang lepas, cuma ada kelas untuk ACC116 dan ECO162 sahaja pada hari tersebut. Pada mulanya aku dah plan nak datang awal, hajat di hati dalam pukul 10 pagi dah sampai dah ke kelas. Itu yang aku katakan pada Hafizal dan Naqib, semasa bertemu mereka sehari sebelumnya ketika kami membuat sedikit ulangkaji di PTAR1.

Pagi Ahad tersebut, setelah kesemua tugasan ACC116 dan ECO162 hampir siap, aku agak tenang menyiapkan diri untuk ke kelas. Sarapan pagi dengan isteri, kemudian sempat lagi belek-belek nota ECO162 sebab ada kuiz pada hari tersebut, aku terus bersiap dengan santai sekali. Aku hidupkan komputer riba, mainkan beberapa lagu yang boleh menambahkan semangat, dan terus bersiap. Best pulak rasanya, takde rasa terkejar-kejar. Indahnya dunia bila semua dah sedia, err… aku maksudkan tugasan yang perlu dihantar pada hari tersebut.😀

Aku bergerak ke UiTM Shah Alam dalam pukul 10 pagi. Sampai kat kelas, tengok Puan Y dah ada kat meja pensyarah. Masa tu baru pukul 10.35 pagi. Awal pulak Puan Y ni sampai. Masa ni dah ramai juga kat kelas. Kelas akaun bermula macam biasa. Puan Y ajar kami mengenai kiraan gaji, kerja lebih masa. Ok, takde masalah untuk memahami topik ni sebab aku pun dah bekerja, takde masalah tentang ni. Tak lama kemudian, 45 minit sebelum masa kelas habis, seperti yang dijanjikan Puan Y beri kami ujian 1.

Soalan yang diberikan tidaklah berapa sukar untuk dijawab. Aku agak yakin dalam menjawab kebanyakan soalan. Aku mendapat soalan untuk menyiapkan LIFO manakala ada antara pelajar lain yang mendapat soalan FIFO, tak semua mendapat soalan yang sama untuk bahagian B. Alhamdulillah, aku dapat menjawab dengan yakin. Insyaallah boleh dapat markah terbaik untuk ujian ini nanti.

Sebelah petang pula, pukul 2 petang kelas ECO162 bermula. Macam biasa Puan Fatimah memberikan penerangan dengan begitu efisien sekali. Betul ke efisien, betul ke perkataan yang aku gunakan ni? Ah, lantaklah… janji korang yang baca faham apa yang aku cuba sampaikan ni. Hehe… Bukan apa, dalam kebanyakan pensyarah yang pernah mengajar aku, tak ramai yang mempunyai kebolehan untuk menyampaikan ilmu mereka dengan efektif. Cara penyampainnya memang begitu berkesan sekali, menunjukkan pengetahuannya dalam subjek ini memang mendalam, mungkin dah lama mengajar subjek ini. Ntah, aku pun tak pasti tentang ni.

Lebih kurang 30 minit sebelum kelas berakhir, Puan Fatimah membarikan kami kuiz 1. Soalan yang ditanya tidaklah banyak, 10 soalan untuk MCQ dan 5 soalan isi tempat kosong. Soalan MCQ agak mudah, cuma bahagian isi tempat kosong tu yang agak tidak yakin. Tak tahulah berapa aku boleh dapat untuk kuiz ini nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s