Esok test 1 ECO162

Posted: July 28, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Hari ni hari Sabtu, hari yang agak menyenangkan bagi kebanyakan orang. Ramai yang bercuti, berehat di rumah setelah 5 hari bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat. Ramai juga yang berehat belajar, tiada kuliah pada hari ini. Aku?

Khidmat aku diperlukan di tempat kerja hari ini. Macam hari-hari bekerja yang lain juga, aku datang ke tempat kerja seawal jam 8.30 pagi.  Buat apa yang perlu, kemudian bolehlah buat perkara lain. Ada juga bawa buku Microeconomics untuk dibaca, tapi tak baca apa pun lagi.😀

Bukan selalu sebenarnya aku kerja lebih masa ni. Jarang ada peluang macam ni. Bila ada, dan kalau hari tersebut tiada hal atau tiada kelas, memang aku tak lepaskan peluang. Bolehlah simpan sedikit duit, hasil dari kerja lebih masa hari ini. Raya pun tak lama lagi, banyak persiapan yang perlu dilakukan. Nak beli kelengkapan raya untuk anak-anak dan isteri. Kemudian nak berhari raya di kampung pula, memang perlukan persiapan lebih dari biasa.

Petang nanti, hajat di hati nak ke bazar Ramadhan di Seksyen 20, Shah Alam. Nak beli kuih tepung pelita. Ada satu gerai tu, memang dah lama aku sentiasa beli dari kedai ni, sebab kuih tepung pelita dia ni lain dari yang lain. Memang sedap, sebab di dalamnya ada diletakkan sengkuang, kalau aku tak silap namanya. Isteri aku salah seorang peminat kuih ni, di samping aku sediri.

Sebenarnya aku tak kisah sangat tentang makanan ni. Kalau ada, aku makan. Takde aku tak cari… Tapi memandangkan hari ini hari Sabtu, ada masa yang banyak lepas kerja, sebab itulah aku bercadang untuk ke sana. Minta-minta adalah stok kuih ini nanti petang nanti.

 

Sebenarnya hati aku hari ini tak berapa selesa. Mungkin disebabkan esok ada test 1 untuk subjek ECO162. Nak katakan diri dah bersedia untuk hadapi test tu nanti, memang tidak lah. Nak katakan tak bersedia langsung, takkan lah. Ada juga baca sedikit sebanyak nota dari buku, dan lihat pada soalan-soalan semester lepas. Macam itu sahaja.😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s