Sapa ni?

Posted: August 10, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang semalam rasa amat buntu sangat memikirkan pasal term paper BEL311. Dah dapat tajuk best, tak jumpa pula artikel yang menarik. Godek-godek online newspaper, ada jugaklah berita tentang tajuk tu, tapi ia sekadar berita, bukan artikel. Mr Daljit dah ingatkan haritu, perlu dapatkan artikel dari surat khabar (yang online pun boleh), buku dan jurnal.

Kemudian datang satu idea, untuk mesej kat kawan-kawan sekelas. Tanya diorang tentang tajuk apa yang diorang buat untuk term paper diorang. Aku karang satu mesej pendek dan hantar mesej tu ke diorang, dengan sekali hantar. Fuh, lepas tu memang banyak mesej masuk. Macam-macam jenis tajuk yang diorang buat. Ada yang pasal merokok membahayakan kesihatan, ada yang berkenaan bagaimana nak atasi tekanan, makan untuk kesihatan, penderaan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Best pulak tajuk-tajuk diorang tu.

Ada juga yang telefon, lepas aku hantar mesej tu, terus sembang dan tanya itu ini. Terlerailah jugak kekusutan bila ada yang mencadangkan tajuk untuk aku. Terima kasih pada korang, atas keperihatinan korang.

Ada juga beberapa orang yang balas mesej aku dengan bertanya, “Sapa ni?”. Nak tergelak pun ada masa tu. Aku agak mungkin diorang dah lupa kat aku kot. Takpun nombor telefon aku dah tertukar ke nombor lain. Mungkin.. aku kata mungkin sebab hari Isnin sebelumnya, aku pergi ke Maxis Centre untuk mendapatkan sim card baru untuk telefon aku, kerana sim card sebelumnya tidak boleh digunakan, “Sim Card Error”. Jadi, kebarangkalian itu ada.

Saat ini, aku masih belum mula merangka thesis statement, layout dan first draft untuk term paper aku lagi. Kebuntuan itu ada, tapi rasanya okey. Ada masa 2 hari lagi sebelum kelas hari Ahad nanti. Insyaallah sempat siap.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s