Sesat jalan

Posted: September 3, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi membaca coretan aku ini. Terima kasih.

Agak lama jugak aku tak update apa-apa ke dalam blog ini. Bukan tiada apa yang hendak dibicarakan, tetapi tidak tahu kenapa. Nak kata tiada masa, ada… nak kata takde idea, ada je yang boleh aku karootkan. Hmm…. Semangat semakin luntur mungkin.

Minggu lepas berlalu begitu sahaja. Tak banyak perkara berkaitan dengan pelajaran yang aku lakukan. Ada banyak assignment, quiz dan test yang menanti aku tak lama lagi, pada seminar pada 9hb September nanti. Aku cuba juga luangkan masa kat meja, di samping laptop tersayang ini, tapi tak banyak kerja yang aku siapkan. Sudahnya, aku baca coretan blog orang lain dalam Google Reader aku, jenguk Facebook sekejap, jenguk i-class sekejap. Camtu je la.

Sebagai seorang pelajar, untuk mendapat kejayaan… err maksud aku untuk mendapat markah tinggi, seterusnya boleh menjawab soalan periksa dengan jayanya, lalu mendapat pointer tinggi setiap semester, itu semua memerlukan banyak usaha. Betul, setakat pergi kelas, pastu balik kelas, buat test, assigment ala kadar je, pastu pergi exam. Memang akan termenung panjang lah dalam dewan peperiksaan tu nanti.

Aku tak nak jadi camtu. Umur aku pun dah berapa, tak macam pelajar yang lain, yang masih muda. Diorang tak kisah lagi nak belajar biasa-biasa, pastu kalau kena repeat paper pun tak kisah, sebab diorang muda lagi dan banyak masa.

Aku suka berkongsi ilmu, berkongsi masalah, berbincang apa sahaja mengenai pelajaran tak kisahlah kat i-class di mana pensyarah dapat turut sama berbincang, dan juga di Facebook. Inilah 2 tempat yang aku suka bincang apa sahaja. Kalau guna telefon dan bersua muka itu lain cerita.

Sekarang ni dunia IT, banyak yang boleh dimanfaatkan menggunakan komputer, tablet, smart phone dan sebagainya. Walaupun tidak bersua muka, walaupun duduk beribu batu antara satu sama lain, masih lagi boleh berbincang.

Yelah, kami pelajar mod PLK tak banyak kelas dalam satu-satu semester, tak macam pelajar full-time yang lain. Jadi, usaha lebih diperlukan untuk memahami setiap subjek yang diambil setiap semester. Barulah boleh jawap soalan dengan lancar lalu boleh score subjek-subjek tersebut.

Itu pasal study, orait habis dah mengarut. Haha..

Sekang ni masih dalam mood raya. Hari ini hari raya Aidilfitri yang ke-16. Selamat hari raya diucapkan pada korang, dan maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya. Bak kata Mr Daljit, “drive slowly”.šŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s