Jadual periksa semester 3, Oktober 2012 dah keluar

Posted: September 12, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Salam, sedar tak sedar musim belajar dah semakin nak habis dan musim periksa semakin nak menjelma. Huhu…

Awal minggu ni, lepas penyarah ECO162, Puan Fatimah beritahu yang jadual exam dah keluar masa kat kelas, terus malamnya aku semak kat student portal UiTM. Memang betul, jadual peperiksaan bagi pelajar diploma untuk bulan Oktober nanti dah keluar. Dah lama jugak rupanya. Kalau ikutkan tarikh yang tertera kat jadual tu, senarai tu dah ada sejak 4 September. Aku pulak baru je buka pada 9 September.. Kiranya aku ketinggalan dalam 5 hari. Ceh….

Tarikhnya agak sedikit awal dari perkiraan aku. Mulanya aku anggarkan periksa akan mula dalam pertengahan bulan Oktober, tapi tidak… aku akan mula periksa pada 1 Oktober. Awalnya…

Ini antara yang aku catatkan dari student portal, jadual periksa bagi 4 subjek yang aku ambil semester 3 ni.

MONDAY 01-Oct-12 BEL311 9:00am-12:00pm

TUESDAY 02-Oct-12 ECO162 2:15pm-5:15pm

THURSDAY 04-Oct-12 CTU241 2:15pm-4:15pm

WEDNESDAY 17-Oct-12 ACC116 9:00am-12:00pm

Tengok tu, sederat 3 paper sekaligus pada minggu pertama Oktober nanti. Insyaallah, paper BEL311 takde masalah. Keesokannya pula paper ECO162, fuh inilah paper yang mendebarkan kebanyakan pelajar kelas aku selama ini, dah tentulah juga termasuk aku sekali. Belajar pun tak habis lagi, inikan pula nak periksa? Apa kes? Pastu rehat sehari sebelum paper CTU241 pada 4 Oktober. Pastu pulak rehat 2 minggu sebelum paper akhir iaitu ACC116 pada 17 Oktober. Yep, rehat 2 minggu dulu… best, sempat lagi kalau nak melancong ke, nak balik kampung ke… memang sempat sesangat.

Ada 1 lagi seminar pada 23 September nanti, untuk habiskan baki silibus untuk subjek ECO162 dan CTU 241. Seminggu lepas tu periksa. Gulp ! Takpe, biasa je semua tu. Teruskan berusaha KP. I believe you can do it. Yes, I believe in you, I believe in me !

Selamat berjaya diucapkan pada semua pelajar UiTM yang akan menduduki peperiksaan pada bulan Oktober nanti. Teruskan berusaha, mari kita buat sehabis baik untuk mendapat markah yang terbaik, GPA terbaik dan akhir sekali CGPA terbaik jugak…😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s