Semester 3: seminar 6

Posted: September 19, 2012 in 2012 Semester 3
Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi baca blog yang ntahapahapantah ni.šŸ˜€

Agak sibuk sekarang ni, tak terkejar masa yang begitu cepat sangat berlalu. Sedar tak sedar, dalam 10 hari lagi (1 Oktober 2012) dah nak periksa final.šŸ˜¦ Walaubagaimana pun aku cuba luangkan sedikit masa untuk update kelas yang berlalu, lebih kurang 2 minggu lepas. Yup, dah hampir 2 minggu, baru hari ni aku sempat nak coretkan kat blog ni. Nampak sangat busy kan? Eheh…

Orait, pada hari Ahad 9hb September yang lepas, seminar ke-6 untuk semester ke-3 dah pun berlalu. Sebelah pagi, macam biasa ada kelas CTU241. Ustaz Mahbob beri kami test, tak ingat sangat ini test yang ke berapa sebab banyak sangat dah test itu ini berlalu. Soalan yang diberi okay. Kami diberi 3 soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, kontrak dan satu lagi bab aku dah lupa. Perlu pilih dan jawab satu soalan sahaja. Aku jawab soalan kontrak sebab banyak fakta tentang bab ini yang aku ingat. Ada 3 bahagian, alhamdulillah dapat jawab dengan jayanya. Minta-minta dapatlah markah tinggi nanti. Habis je test, terus Ustaz sambung kuliah, tak banyak yang aku ingat.

Kemudian, pada pukul 10.45 pagi, kelas Puan Y bermula untuk subjek ACC116. Sebenarnya dah habis dah cover semua silibus, jadi pada hari tersebut Puan Y hanya membuat sedikit ulangkaji untuk bab Introduction dan Material. 30 minit terakhir, kami kena jawab soalan test 2. Soalan 1 dari bab overhead. Aku jawab dengan yakin sekali, tapi malangnya lepas habis test baru aku tahu yang direct expenses tak perlu dimasukkan ke dalam Ovehead Analysis Sheet. Ceh, buang karen je. Kalau tak dah boleh dapat markah penuh dah. Hehe.. target kena tinggi, baru boleh score. Kan? Soalan 2 pulak berkenaan dengan labour. Part ni senang. Agak kacang macam makan kacang Ngan Yin. Beliau juga pulangkan assignment 2, alhamdulillah dapar markah penuh. Cayalah KP.šŸ˜€

Lepas makan tengahari, pada pukul 2 petang kelas ECO162 bermula. Aku tak ingat bab apa yang Puan Fatimah ajar, tapi dah nak habis dah silibus. Banyak jugak beliau cuba cover pada hari tersebut, tapi kebanyakannya kami kena baca dari modul. Ye.. baca sendiri. Aduhhh ! 15 minit terakhir, kami kena jawab soalan kuiz 2. Soalan yang diberi agak mencabar walaupun MCQ (Multi Choice Question). Susah nak jawab, soalan berbelit-belit. Senang lagi jawab soalan ACC116. Ehehe…

4.15 petang, kelas BEL311 bermula. Selepas beri sedikit penerangan, speaking test bermula. Mula-mula Raja and his group came forward to do the speaking. Speaking ni tak lah rasa macam official sangat, tak macam kelas Ms Doreen semester lepas. Sempoi je speaking test kali ni. Kami kena duduk berdekatan dengan Mr Daljit, kemudian terus buat speaking test ni. Sempoi kan? Lepas group Raja, aku terus ajak Hani dan Odah utk terus buat test. Erwan takde pada hari tersebut, jadi tinggal kami 3 orang je. Diorang agak terkejut sebab mungkin tak sangka seawal itu. Aku yakinkan diorang yang kalau lambat buat, lagi rasa nerveous. Diorang setuju.

Speaking berjalan lancar, dan macam biasa… aku kena jadi initiator. Adoi aiii, tapi takpe lah. Aku pasrah je.. Ekekekek… Kami berhujah dengan begitu baik sekali. Banyak juga point yang dibincangkan. Kami pilih tajuk, “How to save money?”. Simple mimple tajuk speaking ni. Kami leka bercakap bila kemudiannya Mr Daljit minta kami berhenti. Aik, ada point yang belum dibincangkan lagi. Tapi takpelah, untuk kebaikan bersama, kami pun berhenti. Lega, habis pun. Minta-minta dapat lah markah tinggi. Kena score subjek ni, untuk dapat pointer tinggi semester ni. Wajib A ni. Insyaallah boleh.

I believe in you KP. Keep on striving to get, what you want to get. Good Luck !

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s