Semester 3: Seminar 7

Posted: September 25, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Fuh, terasa lega sedikit beban di bahu. Semua tugasan, termasuk kuiz, assignment dan test dah pun selesai. Dapat pun hantar tepat pada masanya. Sekarang masa untuk ulangkaji pulak.🙂

Ahad lepas, 23hb September tamatlah sudah seminar terakhir untuk semester 3 ini. Aku datang awal sikit, sampai kat kelas sebelum pukul 8 pagi lagi. Hajat di hati nak ulangkaji untuk subjek ECO162 sebab perlu hantar test 2 pada hari tersebut. Sampai kat ruang legar, nampak Dayah dah ada kat sana. Aku terus ke kelas, dan pintu kelas memang dah dibuka. Aku duduk kat tempat biasa, keluarkan barang-barang, susun dan mulakan ulangkaji. Dapatlah sikit baca, tapi tak dapat jawab semua soalan yang ditanya. Susah jugak…😦

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, Ustaz Mahbob masuk ke kelas. Tak banyak yang dibincangkan, cuma beberapa bab akhir yang belum beliau terangkan. Aku tak tumpukan perhatian sangat, sekejap pandang depan, sekejap pandang ke buku ECO yang terbuka. Aku rasa Ustaz perasan yang aku buat benda lain selain dari apa yang dia ajar, sebab dia asyik pandang ke arah aku je. Ntah, perasaan aku je kot tapi memang…

10.45 pagi, kelas ACC116 bermula. Yeehaaa, ini adalah antara subjek kegemaran aku. Aku suka sebab aku suba bab-bab mengira ni. Senang nak faham kalau dibandingkan dengan subjek lain yang membaca. Orait, Puan Y hanya buat sedikit ulangkaji beberapa bab. Sambil tu ada jugak dia terangkan yang tiada siapa yang dapat markah penuh untuk test 2 pada 2 minggu lepas. Aku pun sebenarnya agak kecewa dengan jawapan aku. Aku dah cuba buat sehabis baik sebenarnya, dah berhati-hati sangat, tapi itu lah… Aku hanya boleh berusaha dan Allah jua yang menentukannya.

Aku tak dapat markah penuh sebab soalan 1 bahagian overhead, aku ‘ter’kira sekali direct cost. Sepatutnya aku boleh terus abaikan kos ni. Tapi itulah, tak perasan. Puan Y juga ada bertanya, kenapa aku masukkan sekali direct cost tu, dan aku berikan jawapan yang sama, “tak perasan”. Sudahnya aku cuma dapat 27.5 markah dari 30 markah yang diperuntukkan.😦

Ramai juga yang mendapat nasihat dari Puan Y, “Cuba lagi”… “usaha lagi”. Mungkin ramai yang dapat markah rendah kot. Hafizal mendapat markah tertinggi, sebanyak 28.5 markah. Senyum je dia.🙂 Kelas sebelah, kelas A ada yang mendapat 29 markah. Power jugak diorang tu.

Pukul 2.00 petang kelas ECO162 bermula. Banyak yang diterangkan oleh Puan Fatimah. Aku masa subjek ni memang ngantuk sangat. Badan letih sebab tak cukup tidur. Malam-malam sebelumnya kena siapkan term paper BEL311, siapkan tugasan CTU241… Memang letih, tapi aku gagahkan jugak. Plan baik-baik satu persatu. Alhamdulillah selamat, semua dapat disiapkan dan hantar tepat pada masanya.

Sekarang ni tinggal beberapa hari je lagi sebelum periksa untuk kertas BEL311 bermula hari Isnin depan, 1 Oktober 2012. Paper ni aku tak rasa sangat penangannya sebab insyaallah okay, aku boleh score. Yang aku risaukan adalah kertas keesokan harinya, kertas ECO162. Sekarang ni aku tengah pulun baca 2 bab terakhir. Lepas dah faham, baru aku mula baca balik dari bab awal daan bawak ke belakang. Insyaallah sempat. Ada lebih kurang 6 hari lagi.

Teruskan berusaha KP ! Remember, if it can be achieved, it is possible to achieve.😀

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s