Periksa untuk 3 kertas dah selesai

Posted: October 5, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum… semalam 4hb Oktober, selesai sudah peperiksaan untuk 3 subjek dalam semester 3 ni. Periksa untuk subjek terakhir iaitu ACC116 akan diadakan pada 17hb Oktober nanti.

Hari Isnin lepas, 1hb adalah hari pertama aku periksa untuk subjek BEL311. Pada hari tersebut periksa diadakan buat kali pertama di Dewan Sri Budiman. Selama ni periksa kat Kompleks Sukan je. Tup tup semester 3 ni bertukar tempat ke 2 tempat yang berbeza berbanding sebelum ni.

Soalan yang ditanya tidaklah sesusah mana. Perlu jawab soalan berdasarkan 2 petikan surat khabar dan 1 soalan esei. Panjang pulak petikan tu… dalam 2 mukasurat untuk setiap petikan. Memandangkan masa yang diberi adalah 3 jam, jadi aku jawab soalan-soalan yang ditanya dengan berhemah sekali. Aku peruntukkan 1 jam untuk setiap soalan.

Habis jawab soalan untuk kedua-dua petikan, aku ke tandas sekejap melepaskan hajat. Masuk semula terus aku jawab soalan esei. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lncar. Aku sempat siapkan kesemua soalan dalam masa 3 jam.

Keesokan harinya, aku menjawab kertas soalan untuk subjek ECO162 pula Dewan Agung Tuanku Canselor. Ini pun kali pertama ambil periksa kat dewan ni. Soalannya agak susah. Ada sesetengah soalan yang aku tak dapat jawab dengan penuh. Banyak juga soalan yang berakhir dengan ‘why’. Soalannya mudah… why… tapi untuk menjawabnya tidak semudah yang aku sangka. Aku dah buat sehabis baik. Dah cuba sedaya upaya untuk mendapat markah tertinggi. Selebihnya, aku berserah pada Allah untuk menentukan apa yang bakal aku dapat.

2 hari kemudian iaitu semalam, periksa untuk kertas CTU241 pula. Soalannya alhamdulillah agak senang untuk dijawab. Minta-minta dapatlah markah tinggi.

Begitulah… 3 kertas dah selesai dan tinggal 1 sahaja lagi dalam masa lebih kurang 11 hari lagi. Insyaallah kertas yang terakhir nanti akan aku buat sehabis baik. Target aku untuk kertas tu nanti tinggi… A+. Insyaallah boleh. Aku percaya dengan kebolehan dan keupayaan aku.🙂

Blogged with Android.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s