Selesai periksa ACC116

Posted: October 18, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sesiapa jua yang sudi baca blog ini. Terima kasih.

Semalam adalah hari terakhir aku menjawab kertas periksa, iaitu untuk subjek ACC116. Belum pun 8.30 pagi, aku dah berada di depan pintu masuk Dewan Sri Budiman. Anita dah Dayah dah ada kat situ. Aku semak tempat duduk, dan terus borak dan bincang dengan diorang. Tak ramai rakan sekelas yang ada pada masa ni, mungkin ramai yang terkandas dalam kesesakan lalulintas, dan mungkin ada yang masih mengulangkaji. Mungkin… Aku cepat sampai, biasalah naik motor.🙂

8.45 pagi lebih kurang, kami dah boleh masuk ke dalam dewan. Aku tulis apa yang patut ke atas slip kehadiran dan butiran ke atas buku jawapan, dan tunggu masa untuk mula menjawab. 9.00 pagi, aku dah boleh mula menjawab soalan. Ada 5 soalan kesemuanya. Seperti yang dinasihatkan oleh Puan Y, aku baca kesemua soalan dahulu. Kemudian aku buat keputusan untuk jawab soalan nombor 3 dahulu, yang berkaitan dengan labour, soalannya nampak senang.

Orait, soalan bahagian ini tiadalah sesusah mana, cuma kali ini kami ditanya gaji kasar dalam sebulan. Sebelum ini sepanjang membuat latihan dari soalan-soalan tahun-tahun lepas, hanya membuat kiraan gaji kasar untuk seminggu, tapi dalam periksa semalam kami diminta untuk mengira gaji kasar sebulan. Dengarnya ramai juga yang salah, mereka tidak membaca soalan betul-betul. Ada yang menjawab gaji kasar untuk seminggu sahaja. Aku? Alhamdulillah, ok boleh jawab dengan jayanya soalan ini.

Kemudian aku beralih pula kepada soalan nombor 4, yang berkaitan dengan overhead. Ini antara bab yang mencabar, perlu buat dan kira betul-betul sebab kalau dah salah kira dari mula, jawapan akhir tentu akan salah. Aku buat dengan berhati-hati. Bahagian apportion dapat aku buat dengan jayanya. Kemudian beralih kepada bahagian reapportionment pulak. Juga berjaya buat dengan baik sekali, hinggalah ke bahagian OAR, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Biasanya kalau dilihat kepada soalan-soalan tahun-tahun lepas, soalan akan lebih panjang, pelajar akan ditanya hingga ke bahagian over/under absorbed tapi kali ini bahagian tersebut tiada. Senang sikit kerja. Banyak masa untuk buat soalan lain.

Selepas itu, aku beralih ke soalan 5, bahagian job costing. Soalan tidaklah sesusah mana, aku dapat jawab dengan baik sekali. Tapi ketika sampai ke bahagian profit, aku keliru. Soalan meminta untuk kira profit margin. Aku tak pasti ketika itu, ia berdasarkan kepada total cost atau selling price. Setelah ditimbang tara, aku jawab profit ni berdasarkan total cost. Setelah habis periksa, aku sempat berbincang dengan yang lain, dan setelah semak buku, barulah aku tahu, sepatutnya kiraan aku berdasarkan selling price. Mmmm…. dah rugi satu atau dua markah kat sini.😦

Kemudian baru aku beralih ke soalan 2, berkenaan materials. Soalan agak mencabar. Bahagian A perlu kira EOQ, tapi tiada masalah bagi aku, hanya gunakan formula untuk dapatkan jawapannya. Bahagian kedua perlu dapatkan annual saving jika menggunakan EOQ. Kat sini aku tak dapat nak teruskan sebab tak dapat idea bagaimana nak mulakan. Aku kira cost ordering dan bandingkan keduanya, tapi jawapan yang aku dapat menunjukkan jika menggunakan EOQ, kosnya lebih tinggi berbanding cara biasa. Sampai ke minit terakhir aku tak dapat selesaikan masalah ini. Bahagian seterusnya adalah berkenaan store ledger card, perlu tunjukkan cara LIFO. Alhamdulillah senang.

Petangnya, ketika dalam perjalan pulang baru aku dapat idea bagaimana nak kira annual saving tersebut.  Sepatutnya aku perlu buat table, kira ordering size, order quantity hinggalah ke total cost, barulah akan nampak perbezaan harga antara menggunakan EOQ dengan cara biasa. Tapi masa ni dah terlambat, tapi tidak mengapa, hati aku senang sebab dah terjawab persoalan yang bermain di fikiran. Malam tadi boleh tidur dengan lena. Heheh….

Selepas menjawab soalan materials, barulah aku beralih ke soalan nombor 1 yang berkaitan dengan Introduction. Soalan yang ditanya agak senang. Ada bahagian untuk jawab true dan false… Nyatakan jenis kos, tapi ada satu bahagian yang aku tak puas hati sebab aku dapat jawab 2 bahagian sahaja. Ia adalah perbezaan antara financial aaccounting fan cost accounting. Aku tiada idea langsung bagaimana nak senaraikan jawapan untuk kriteria statutory requirement. Sudahnya, aku tak jawab langsung kriteria ketiga tersebut. Dah hilang 2 markah kat sini.😦

Memandangkan masa agak banyak, 3 jam untuk periksa ACC116 ini, aku luangkan masa untuk semak jawapan aku dan sempat juga ke tandas. Sejuk juga dewan ni pagi semalam. Nasib baik aku bawak sweater, takdelah sejuk sangat. Ada juga antara pelajar yang memakai t-shirt dan baju kurung sahaja. Tak sejuk ke diorang tu? Entah, diorang tu darah panas agaknya, muda lagi….

Habis periksa, aku dan beberapa rakan sekelas yang lain menuju ke Restoran Barra, Seksyen 7 untuk makan tengahari. Antara yang dapat turut serta adalah Hafizal, Naqib, Qamar, Hani dan Anita. Kami berenam sahaja. Yang lain, ada yang kena balik awal, mereka ada urusan masing-masing. Lebih kurang pukul 1.35 petang aku minta diri, sebab aku perlu ke tempat kerja. Hanya ambil cuti setengah hari sahaja, untuk periksa.

Alhamdulillah, selesai sudah segalanya untuk semester 3 ini. Mungkin dalam sebulan lagi, dapatlah keputusan periksa. Target aku tinggi, untuk dapat GPA tertinggi, dan seterusnya untuk baiki lagi CGPA aku. Aku dah cuba, dah buat yang terbaik untuk keempat-empat subjek. Selebihnya aku berserah pada Allah untuk tentukan apa yang bakal aku dapat nanti.😀

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s