Tak mahu tengok keputusan periksa lagi

Posted: November 9, 2012 in 2012 Semester 3
Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi baca blog ni.

Sebagaimana yang ramai sudah pun tahu, hari ni adalah hari yang amat ditunggu oleh pelajar diploma UiTM. Ia adalah kerana keputusan periksa sudahpun diketahui sejak pukul 2 lebih pagi tadi. Ramai jugak yang dah canang keputusan masing-masing kat blog diorang. Ramai yang dapat pointer tinggi. Tahniah pada mereka semua.

Aku, sebagaimana yang aku rancangkan sebelum ini… aku bercadang untuk tidak lihat keputusan aku selama beberapa hari. Sehingga ke saat ini, aku masih dapat mengotakan hasrat tersebut. Bukan aku tak mahu lihat result aku sendiri, masti nak… nak tahu berapa dapat, okey ke tidak? tapi ada satu perasaan yang susah untuk diceritakan. Mungkin aku sorang je yang faham. Kot…

Pagi tadi, sebelum bersiap nak ke tempat kerja.. isteri dah tanya,

“Bila result keluar?”

Lalu aku jawab,

“Hari ini, tapi tak nak tengok lagi. Nak surprise diri sendiri…”

Itu jawapan yang aku beri. Hehe, sabar kan aku?😀

Untuk korang yang dah tengok keputusan periksa masing-masing, selamat bergumbira dan selamat menikmati saat-saat indah dalam hidup, yang memang indah untuk dikenang. Kalau tak gumbira pun, buat-buatlah gumbira ek. Sekurang-kurangnya, ada harapan untuk lihat matahari kembali bersinar, di hari-hari yang mana setiap hari kala ini, pasti akan hujan… Hek hek…

KP.

Comments
  1. laaaa. dah tengok ke belum reslut?😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s